in ,

Maya Karin dan Awal Ashaari @ Konsert Evolusi Damai

KHAS AIDILADHA : KONSERT EVOLUSI DAMAI TEMUI PENONTON SETIA SALURAN MUZIK AKTIF

Dalam menghayati erti sebenar sambutan Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam 27 November ini pastinya lagu-lagu malar segar bertemakan kasih sayang, pengorbanan dan keinsafan menjadi pilihan penonton untuk berhibur. Untuk itu,  Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan Konsert Evolusi Damai disiarkan dua episod pada 26 dan 27 November 2009, jam 9.00 malam menerusi Muzik Aktif (Saluran 180) yang secara tidak langsung menyuntik semangat menghargai erti pengorbanan yang dituntut agama terhadap setiap hambaNya.

4126436483 699E28E09B | 4

Sepanjang satu jam siarannya, program terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd ini menampilkan gandingan pengacara Maya Karin dan Awal Ashaari yang akan berkongsi isu berkaitan tema program yang antaranya melibatkan kedamaian, kemanusiaan dan kesyukuran serta apa yang berlaku dalam dan luar negara. Malah kemunculan mereka pastinya turut berperanan sebagai penyambung tema lagu dan setiap segmen sebelum lagu dipersembahkan.

4126435103 B74Cf6B255 | 5

Sepuluh artis yang diundang termasuklah Ramli Sarip, Maman, Kavita, Zahid, Zainal Abidin, Yantzen, Akbar, Tiar Aziz, Kumpulan SSK dan Rida yang berkongsi pentas menyampaikan lagu-lagu masing-masing. Nama-nama artis ini bukanlah asing lagi kerana mereka sememangnya biasa muncul dengan lagu-lagu berunsur kedamaian dunia dan kesedaran terhadap kezaliman sebelum ini.

Menariknya persembahan berkonsepkan nyanyian yang menerapkan nilai-nilai kemanusiaan, kedamaian, keharmonian, kenegaraan, kasih sayang juga kesyukuran ini diangkat menerusi lirik lagu dan persembahan serta visual latar dan visual pentas semasa persembahan. Program ini menunjukkan ’visual’ pendek dan ’sound bites’ daripada artis, komposer, penulis lirik, pemimpin dan peminat mengenai lagu pilihan mereka yang mencerminkan nilai  

Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan Konsert Evolusi Damai pada 26 dan 27 November 2009, jam 9.00 malam di Muzik Aktif (Astro Saluran 180) kerana anda bukan sahaja diajak berhibur dengan rangkaian lagu-lagu pilihan sebaliknya turut didendangkan lagu-lagu dengan lirik yang mampu menyentuh hati malahan turut berperanan menyedarkan segenap lapisan masyarakat bahawa kedamaian itu penting dan seharusnya dipertahankan.

4127207054 0436C3F52F O | 6

4127207996 Bd35170F9E O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Aidil Adha Bersama Tv9

Konsert PERCUMA Dewa 19 dan Inul Daratista @ KL LIVE