in ,

Mawi & Ekin, Khai & Rosma dan Riezman & Kartina Dalam Kelab Pop

Pada 11 Mac 2009 ini, hari Rabu, Mawi & Ekin, Khai & Rosma dan Riezman & Kartina Ayob akan menghadiri rakaman Kelab Pop musim terbaru di Astro, Bukit Jalil. Untuk tema Suami VS Isteri Special yang Budiey kira sangat menarik dan seronok untuk ditonton, apa tah lagi apabila pasangan selebriti glamour akan menyertai rakaman ini.

Kelab Pop kini kembali lagi menceriakan penonton buat musim yang terbaru. Masih mengekalkan Reza Mohamed sebagai pengacara, ia merupakan sebuah program yang berkonsepkan game show yang akan menampilkan barisan selebriti tanah air sebagai peserta. Seramai enam orang selebriti akan muncul pada setiap episod.

Mereka kemudiannya akan terbahagi kepada dua kumpulan dan akan berentap sesama sendiri untuk memenangi pusingan tersebut. Pelbagai tugasan dan soalan mencabar yang pastinya mencuit hati telah disediakan untuk mereka. Saksikan gelagat lucu dan aksi spontan para selebriti ini sewaktu rakaman dibuat.

Budiey: Cakap pasal Astro, teringat filem-filem yang akan diedarkan oleh Tayangan Unggul untuk bulan Mac nih… Jom menonton! Antaranya:

  1. 05 Mac – The Reader
  2. 12 Mac – Soul Men
  3. 19 Mac – Taken
  4. 26 Mac – My Bloody Valentine

3331266764 01Bebc5749 O | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile ISMA Akademi Fantasia 7

8TV Hentikan Siaran Selama 1 Jam Untuk Earth Hour