in , , ,

“Masih Sayang, Kasih Sebagai Ibu Kepada Anak, Banyak Terhutang Budi Kepada Mawar,” – Fizo Omar

Mengulas mengenai perpisahan yang berlaku, Mawar memberitahu dia reda dan pasrah dengan keputusan yang dipersetujui bersama.

Malah, ibu tunggal berusia 30 tahun ini juga tidak menafikan dia bersama bekas suami telah melakukan yang terbaik demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.

“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya.

“Tapi, selama hampir enam tempoh perkahwinan ini kami mencuba dan saya reda,”

– Fizo Omar

Terdahulu, Fizo yang ditemui pihak media di perkarangan mahkamah tenang memberikan reaksi.

Katanya, apa yang berlaku adalah takdir Allah dan tidak boleh memberikan perincian yang lebih mengenai perceraiannya sama Mawar ketika ini.

“Saya menghormati pihak media. Buat masa skng saya tak boleh beri sebarang kenyataan secara terperinci. Cuma apa yang boleh saya katakan, jodoh saya dan Mawar hanya setakat ini, ia takdir Allah.

“Pada saya apa yang terjadi ini buka  pengakhiran tapi pemulaan bagi saya dan Mawar sebagai ibu bapa yang berpisah dalam membesarkan Mariam (anak),”

– Fizo Omar

Pada masa sama, Fizo turut memberitahu mereka dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

“Jangan risau saya dan Mawar baik-baik sahaja. Saya percaya lepas ini hubungan kami akan lebih rapat bahkan sehingga ke hari ini kami masih lagi baik.

“Betul perceraian bukan sesuatu yang baik. Akan tetapi saya percaya hikmah di sebalik kejadian ini, ambil positif,” doa Fizo yang turut mengharapkan penulisan yang baik berkaitan dirinya dan bekas isteri dari kalangan rakan media.

“Saya masih sayang, masih kasih sebagai ibu kepada anak saya. Saya banyak terhutang budi kepada Mawar.”

– Fizo Omar

Tidak perlu ada pergaduhan sebab siapalah saya untuk menidakkan takdir Allah,” kongsi Fizo dalam keadaan yang cukup tenang.

Sumber: Media Hiburan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Zarina Lancar Single PERNAH BAHAGIA

Menyentuh Jiwa! Alif Satar Kongsi Pengalaman Banduan Berada di Penjara