in ,

Masih Buka Selepas Jam 8 Malam, McDonald’s Di Gombak Diserbu Polis & Diarah Tutup

Umum tahu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan, restoran dan premis makanan hanya dibenarkan untuk beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Dalam pada itu, meskipun PKP sudah dijalankan lebih setahun, masih terdapat lagi restoran yang ingkar arahan dengan membukanya melebihi waktu yang ditetapkan dalam SOP. Lebih menarik perhatian ramai, restoran tersebut merupakan sebuah restoran francais terkemuka di Malaysia iaitu McDonald’s.

Mcd OtK Gombak sampai polis datang suruh tutup kedai la pasal ramai rider kena sidai sampai pukul 8..ada dari 6.30 order tak siap lagi..apahal mcd ni?

Berdasarkan perkongsian seorang pengguna di Twitter, difahamkan isu ini berlaku disebabkan penerimaan jumlah tempahan yang tinggi daripada platform GrabFood dan Foodpanda. Malah, terdapat rider yang terpaksa menanti makanan yang ditempah pada jam 6.30 petang sehingga jam 8 malam.

Menerusi isu yang berlaku, para netizen turut meluahkan simpati terhadap para rider yang terpaksa menunggu lama sementara menantikan makanan yang ditempah pelanggan siap dibungkus. Tidak kurang juga yang mencadangkan agar pihak McDonald’s menutup sistem tempahan daripada para rider dengan lebih awal bagi memberi peluang buat para pekerja menyiapkan makanan.

McDonald’s yang terletak di Medan Idaman, Gombak ini walau bagaimanapun diarahkan tutup oleh pihak polis selepas didapati masih beroperasi selepas jam 8 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Netizen Tak Puas Hati Selebriti Dibenarkan Rakam Video Cucuk Vaksin

The Giving Bank & Dolla Bergabung dalam Projek LIVE TO GIVE, Bekerjasama Demi Masyarakat