in

Marsha Suka Buli Anding Dalam Hotel Mania?

Jam 11 pagi yang mendamaikan, di tanggal 25 Februari 2010 lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media Hotel Mania yang telah diadakan di Platinum Movie Suite, Cineplex, e@Curve. Uish, ramai betul pelakon drama ni yang hadir. Tahniah Budiey ucapkan kepada semua pelakon yang begitu komited menjayakan drama ni. Dengarnya, ada yang sanggup berkampung kat hotel JW Marriot yang menjadi lokasi pengambaran drama ni dari jam 7 pagi hinggalah ke malam hari.

Budiey rasa, semua pembaca dah tahu pasal drama muzikal Hotel Mania ni. Kat TV3 pun dah banyak kali duk ulang promo dengan iringan lagu tema Hotel Mania ni. Sampai ada penonton yang dah hafal.

Walaupun taklah sehebat drama muzikal Glee buatan Hollywood, tapi sudah tentu TV3 berbangga kerana Hotel Mania ni adalah drama tempatan muzikal PERTAMA yang disiarkan. Jadi, kepada penonton setia slot Lestary, jangan lupa untuk menonton drama 26 episod ini mulai 2 Mac 2010, setiap hari Selasa jam 9 malam. Drama ini diterbitkan oleh KRU Studios dan diarah & skripnya ditulis oleh Nizam Zakaria. Menampilkan bintang realiti TV dari Akademi Fantasia, Mentor dan Mystarz LG serta pelakon ternama iaitu Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Sheila Mambo, Kiena Mentor, Comel, Ryzal Jaafar, Adam, Bob, Zain Ruffedge, Adeline Tsen dan ramai lagi.

Budiey sempat mengambil gambar Marsha yang menjadi salah seorang pelakon drama yang ditaja oleh DiGi & diterbitkan oleh KRU Studios ni. Memegang watak seorang gadis yang bekerja sebagai staf hotel yang suka membuli & boleh dikatakan watak Mar ni agak gedik & jahat, dengki, busuk hati tapi dalam masa yang sama menaruh hati dengan Adiwira (lakonan Anding).

Membaca sinopsis drama ini, Budiey rasa drama ni bakal mencetuskan fenomena luar biasa di mana akan menarik minat ramai penonton. Bukan sahaja dari segi tema remaja, lokasi hotelnya, bintang pelakonnya malah genre muzikal yang menggabungkan nyanyian dalam drama seperti ini sangat fresh. Tak hairan kalau lepas ni, ramai penerbit yang berminat untuk mencipta drama sebegini lagi. Dalam drama ni juga banyak sekali lagu-lagu dari KRU akan dinyanyikan dalam versi berbeza.

Kalau nak tahu kenalah tonton!

Nak tengok Marsha buli Anding… tengoklah Hotel Mania!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Ai Minnal 1Malaysia 2010

Ulasan Filem Niyang Rapik