in ,

Marsha Milan Dipanggil B*bi & Bodoh, Nekad Mahu Buat Laporan Polis

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan sebentar tadi memuatnaik sebuah tangkap layar DM (Direct Message) yang agak biadab dari individu yang dia tak kenalinya.

Dalam tangkap layar tersebut menunjukkan, individu dengan nama Muhammad Zulhakim mengeluarkan kata-kata kesat kepada Marsha sehingga membaitkan keluarganya.

Marsha berkongsi perkara berkenaan di Instagram turut menegur individu itu supaya berfikir sebelum menulis lebih-lebih lagi melibatkan keluarganya.

“Sila berhati-hati dan hormat bila menulis, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan keluarga saya”-tegurnya di IG stories

Jelas menerusi perkongsian tersebut individu berkenaan terlalu emosi dengan watak antagonis yang dilakonkan oleh Marsha dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa.  Sehinggakan dirinya dipanggil bodoh dan tiada maruah.

Sementara itu, Marsha mengambil serius dengan hal ini dan berhasrat mahu melaporkannya kepada pihak polis.

Sebelum ini menerusi laporan dari Kosmo, Marsha pernah menasihati  penonton dapat mengawal emosi dan bijak membezakan perkara realiti serta fantasi.

“Saya ada juga membalas mesej netizen dengan niat untuk menegur golongan muda agar tidak terlalu kurang ajar dan akhirnya mereka pula meminta maaf,”- katanya.

Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang sedang hangat ditayangkan dalam slot Megadrama Astro Ria turut dibintangi Uqasha Senrose, Fizo Omar dan Aida Khalida.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Tren Bertembung, Peguam Ini Dedah Boleh Ke Penumpang Yang Tercedera Saman Pemilik LRT

Pelawak & Pelakon Drama SPANAR JAYA Ramasundran Meninggal Dunia di Usia 57 Tahun