in ,

Jom Tonton Mari Berdansa Aidilfitri Anjuran Astro

Sempena Hari Raya Aidilfitri akan datang, Astro membariskan program-program hiburan menarik khusus buat para pelanggan. Dengarnya, pihak Astro Ria menerusi Saluran 104 bakal merakamkan sebuah program khas untuk siaran bulan Syawal nanti yang berjudul Mari Berdansa Aidilfitri.

Dalam program istimewa yang bakal dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani ini, program khas ini akan menghimpunkan bekas pasangan-pasangan selebriti daripada program Sehati Berdansa serta bekas pasangan-pasangan daripada program Mari Menari untuk bersaing tari di atas pentas yang sama bagi merebut gelaran juara. Menariknya, habuan yang bakal dimenangi nanti akan didermakan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Sehati Berdansa Sein
Mari Berdansa Aidilfitri

Bekas pasangan Sehati Berdansa yang bakal terlibat ialah Pasangan Amyza Adnan, Pasangan Khai/Rosma dan Pasangan Sasha Saidin.

Manakala bekas pasangan Mari menari pula ialah Pasangan Ariz, Pasangan Razif serta Pasangan Fahmi. Turut terlibat sewaktu rakaman ini kelak ialah Joseph Gonzalez, Erra Fazira dan Linda Jasmine yang bakal hadir bagi mengisi kerusi barisan juri tetap.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Pirates Band of Misfits

Arthur Christmas