in , ,

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull di Pentas KLFW 2022

Dua anak muda yang ingin dikenali sebagai Arunsayfull, bergandingan bahu buat julung kalinya di lantai runway, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW 2022).

Pereka duo ini mempersembahkan sebuah koleksi fesyen penuh gah, The Black Orkid Pradesha untuk tatapan pengunjung KLFW 2022. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022
Pereka Arun & Saiful bersama dengan model memperagakan koleksi KLFW 2022 

Keluar dari zon selesa, koleksi yang terdiri daripada 13 helaian persalinan high fashion ini ternyata memberikan jiwa baru buat Arunsayfull sepanjang bergelar pereka fesyen. 

Sentuhan istimewa yang dikhususkan untuk KLFW 2022, mengetengahkan bunga orkid dalam dimensi berbeza yang dinilai melalui cakra mata ketiga. 

Malah, seperti mana di dalam kebanyakan koleksi Arunsayfull sebelum ini, aspek kemewahan turut menjadi sentuhannya untuk koleksi istimewa KLFW 2022. 

“Kami ingin mempersembahkan koleksi yang akan membuka mata para pemain dalam industri fesyen tanah air. Di pentas KLFW, terdapat 13 persalinan yang kami persembahkan. Di mana koleksi-koleksi ini disasarkan khusus buat fashionista,” kata pereka fesyen duo berkenaan. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022
Busana hitam mewah sempena tema Arunsayfull di KLFW 2022 

Arunsayfull merupakan sebuah jenama tempatan yang terdiri daripada 2 orang pereka muda yang sangat berbakat besar iaitu Arun Mateen berusia 27 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang manakala Saiful Izham yang berusia 35 tahun yang berasal dari Kulim, Kedah. 

Rekaan adi busana mereka sentiasa tidak mengecewakan kerana mempunyai citarasa mewah, unik dan lain daripada yang lain. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022

Rekaan Arunsayfull juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. 

Kata mereka, menyertai KLFW merupakan impian para fesyen industri kerana acara ini adalah acara tahunan yang paling dinantikan oleh pengemar fesyen dan untuk berada di pentas berprestij ini pastinya terdapat pelbagai halangan dan cabaran. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022
Busana biru mewah untuk KLFW 2022 

“Sering kali kita melihat, ramai dikalangan pereka fesyen tanah air yang menggunakan platform KLFW sebagai batu loncatan bagi mengembangkan lagi jenama dan juga rekaan mereka. 

“Kami juga tidak terlepas. Peluang keemasan ini kami nantikan untuk menampilkan identiti sebenar Arunsayfull. 

“Malah dengan adanya KLFW, kami berupaya untuk menonjolkan jiwa sebenar sentuhan Arunsayfull di dalam setiap rekaan kami,” kata Arun & Saiful. 

Namun, mereka tetap mengakui, bahawa jenama ini memerlukan masa yang agak lama untuk membuktikan bahawa jenama mereka layak untuk berada sebaris dengan jenama yang lain. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022
Koleksi Arunsayfull yang bermain dengan potongan yang menarik 

LATAR BELAKANG ARUNSAYFULL 

Arunsayfull merupakan sebuah jenama yang terdiri daripada pereka-pereka muda berbakat besar iaitu Arun Mateen yang mengemari warna hitam dan moto kehidupannya ‘keyakinan diri dan kerja keras akan selalu membuat anda sukses’ manakala Saiful Izham pula menggemari warna hijau dan moto kehidupannya adalah ‘sukses tidak datang kepadamu, kamu harus pergi ke sana’. 

Gabungan ini terjadi apabila dua sahabat ini pada awalnya mempunyai label fesyen masing-masing yang kemudian bersepakat untuk mewujudkan jenama ini. 

Sedikit mengenai latar belakang Arunsayfull merupakan sebuah jenama tempatan yang menyediakan adi busana bagi mereka yang menginginkan suatu rekaan yang tampak unik dan lain daripada yang lain. 

Rekaan Arunsayfull juga cukup dikenali dengan potongan dan pemakaian material yang mewah serta perincian mahupun sulaman manik yang mewah. 

Meskipun nama Arunsayfull agak baru dalam arena fesyen Malaysia namun mengikut statistik yang dikaji oleh pereka ini, mereka mendapati agak ramai yang mengenali jenama Arunsayfull dek kerana kedua-dua pereka ini sering memberi impak baru dalam rekaan yang pada setiap koleksi. 

Manifestasi Orkid Hitam Taruhan Sulung Arunsayfull Di Pentas Klfw 2022
Koleksi Arunsayfull bermotifkan bunga biru 

CABARAN DUNIA FESYEN & PENDEMIK COVID 19 

Walaupun masih baru dalam industri fesyen jenama ini juga tidak terlepas dari cabaran dalam membangunkan jenama Arunsayfull ini. 

Di awal awal permulaan perniagaan, mereka kekurangan modal untuk mengeluarkan koleksi terbaru dan mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul kewangan untuk menjalankan perniagaan. 

Pandemik Covid 19 juga merupakan antara cabaran terbesar bukan sahaja untuk jenama ini malah bagi semua rakyat Malaysia. 

Namun begitu, secara tidak langsung akibat daripada pandemik Covid 19, ramai usahawan fesyen yang lebih kental dan berdaya saing lahir. 

Menurut Arun dan Saiful pandemik yang melanda telah membuka ramai minda para penggiat fesyen tanah air tentang pentingnya untuk mengekalkan perusahaan mereka. 

Cabaran ini dijadikan pemangkin semangat bagi kedua-dua pereka ini untuk terus menghasilkan karya-karya yang memberi impak kepada masyarakat. 

Namun menjadi seorang pereka fesyen dan usahawan dalam masa yang sama bukanlah sesuatu yang mudah kerana seorang pereka perlu memiliki ilmu yang tinggi dalam arena fesyen serta perlu bijak mengimbangkan diri dalam mempelajari selok-belok perniagaan agar bijak dalam menyusun strategi bagi mencapai sasaran yang ditujui. 

KELEBIHAN & KEPAKARAN 

Bagi pereka duo yang mengidamkan Paris sebagai destinasi perlancongan ini merasakan kekuatan terbesar bagi jenama ini adalah teknik pemotongan dan seni jahitan. 

Dimana kedua-dua pereka ini sangat mahir dalam teknik ini. Mereka juga mengibaratkan sebagai 2 man show yang boleh mereka pakaian, memotong serta menjahit sendiri dengan perfect tanpa perlu tenaga yang lain. 

Dalam setiap industri pastinya ada persaingan namun bagi pereka jenama Arunsayfull merasakan setiap daripada pereka sudah mempunyai rezeki masing-masing dan kita hanya perlu saling menyokong karya-karya pereka lain sahaja. 

Namun begitu bagi Arun yang berhoroskop capricon dan Saiful yang berhoroskop gemini ini
merasakan masih ada juga persaingan yang kurang sihat dimana kita boleh lihat apabila para pemain industri lain memilih kasih mahupun mencanang unsur negatif berkaitan pihak lain. 

BERNARD CHANDRAN SEBAGAI ROLE MODEL 

Setiap pekerjaan kita pastinya akan ada satu sosok yang kita jadikan sebagai rujukan. 

Begitu juga dengan Arunsayfull, yang menjadikan Dato Sri Bernard Chandran sebagai individu rujukan dan idola sedari awal mereka terjun ke dalam bidang ini. 

Mereka juga sering mendapatkan nasihat daripada ikon berkenaan kerana kedua-dua pereka ini sangat kagum dengan aspek ideology dan pemikiran beliau dalam mereka pakaian dengan penuh teknik dan hanya mengikut hati sendiri. 

Selain daripada Bernard Chandran, jenama tersohor dunia, Christian Dior dan Valentino juga merupakan sumber inspirasi bagi Arun dan Saiful untuk berkarya. 

Dimana kedua-dua jenama antarabangsa ini memiliki pakaian yang sangat clean & polish serta sangat tepat dengan prinsip rekaan di Arunsayfull dimana mereka berdua sangat memtingkan rekaan dan perincian yang memiliki nilai estetik yang tinggi. 

DARI ADI BUSANA KE RTW 

Jika sebelumnya, jenama ini hanya memberi fokus kepada busana pengantin dan adi busana, namun kini jenama ini telah menambah fokus ke arah ready-to-wear (RTW). 

Dengan wujudnya lambakan fesyen RTW, secara tidak langsung membuat semua pihak hanya memikirkan tentang nilai keuntungan sahaja berbanding nilai rekaan mahupun nilai kekemasan jahitan. 

Namun begitu, Arunsayfull berkeinginan untuk menyediakan koleksi RTW yang berkualiti dari segi jahitan kekemasan mahupun rekaan. 

Oleh yang demikian, tercernalah penyertaan mereka di lantai KLFW yang mempamerkan keseluruhan koleksi fesyen RTW. 

Di pentas KLFW Arunsayfull mensasarkan golongan elite dan juga fashionista, kerana koleksi kali ini menampilkan rekaan yang mempunyai selera high fashion. 

Benar, RTW bukanlah bread & butter bagi Arunsyafull, namun atas keinginan mahu keluar dari zon selesa, maka mereka berdua menyediakan koleksi RTW sepenuhnya. 

Namun, RTW mereka agak berbeza. Kerana Arunsayfull membawakan konsep RTW yang serba mewah khusus untuk dipamerkan di atas pentas KLFW 2022. 

Biodata Arun 

Nama: Arun Marteen
Usia: 27
Asal: Kuantan, Pahang Kerjaya Tetap: Pereka Fesyen Horoskop: Capricorn 

Warna Kegemaran: Hitam
Destinasi Pelancongan Idaman: Paris 

Moto Kehidupan: “Keyakinan Diri Dan Kerja Keras Akan Selalu Membuat Anda Sukses.” 

Biodata Saiful 

Nama: Mohd Saiful Izham Bin Ahmad Usia: 35 

Asal: Kulim, Kedah
Kerjaya Tetap: Pereka Fesyen Horoskop: Gemini
Warna Kegemaran: Hijau 

Destinasi Pelancongan Idaman: Paris
Moto Kehidupan: “Sukses Tidak Datang Kepadamu, Kamu Harus Pergi Ke Sana.” 

Terima kasih kepada rakan penaja: Irisa Cosmectic 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink 2020 | 11

Blackpink Nominated For Group Of The Year In Newly-Announced Social Categories

Selangor Travel

10 Tapak Geopark Unik Selangor Darul Ehsan Yang Wajib Dilawati