in , ,

COVID-19: Man Raja Lawak Sumbang RM50,000 Bantu Rakyat Malaysia Yang Susah

KETIKA segelintir selebriti tanah air berkongsi kisah sedih kehilangan pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19, pelawak terkenal tanah air, Man Raja Lawak pula tampil menghulur bantuan kepada yang benar-benar memerlukan.

Man atau nama sebenarnya, Abd Rahman Kasim berhajat membantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia.

Pelakon dan pelawak, Man Raja Lawak, 42, berkongsi wang kemenangan ketika menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2019 berjumlah RM50,000 kepada mereka yang berdepan dengan kesempitan hidup.

Man mengumumkan menghulurkan sumbangan menerusi laman Instagram (IG), semalam selepas terpanggil membantu rakyat Malaysia terputus rezeki akibat penularan virus COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak dua minggu lalu.

View this post on Instagram

Smoga di berkati

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

“Saya tidak henti menerima mesej langsung pengikut IG, sejak semalam. Lebih 3,000 mesej yang diterima bertanya apakah mereka layak mendapat bantuan yang dihulurkan.

“Saya ada berkongsi maklumat lanjut. Syaratnya, tidak membuat tetapan ‘private’ dalam akaun IG supaya saya dapat mengintai serba sedikit latar belakang kehidupan mereka.

“Saya kena meneliti dan pastikan hanya mereka yang layak sahaja dapat bantuan. Kerjasama mereka saya harapkan. Jika layak, saya akan memindahkan duit ke akaun. Insya-Allah, cepat atau lambat pasti dapat,”

– Man Raja Lawak

Juara program realiti, Raja Lawak musim kelima itu berkata, jumlah wang yang dipindahkan pula tidak semestinya mengikut permintaan mereka.

“Saya akan menghulurkan wang dengan kemampuan saya. Tak semestinya jumlah diminta akan ditunaikan.

“Jika tiada maklum balas daripada saya anggaplah peruntukan RM50,000 sudah lebur digunakan,”

– Man Raja Lawak

Man berkata, dia berhati-hati dengan taktik penipuan yang mungkin wujud untuk mengambil kesempatan.

“Saya bimbang tersalah salur kepada mereka yang tidak layak. Hal ini boleh terjadi kerana saya tahu hati manusia boleh bertukar kerana duit.

“Sejak umum bantuan ini, mesej dan panggilan di Facebook juga bertebaran. Ada yang marah saya tidak membalas mesej mereka. Macam mana nak balas, saya tak terlayan kerana terlalu ramai minta bantuan.

“Itu belum termasuk mereka yang menghubungi dan membuat panggilan video,”

– Man Raja Lawak

Man berkata, ada yang meminta bantuan berjumlah RM20,000.

“Saya geleng kepala dibuatnya. Bukannya apa, saya harap wang berjumlah RM50,000 yang diperuntukkan boleh memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan. Saya nak bantu mereka yang betul-betul kesempitan hidup, tiada duit nak makan.”

– Man Raja Lawak

Man akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan bagi memastikan mereka yang layak sahaja boleh menerimanya.

Walau bagaimanapun, jika individu tersebut tidak mendapat sebarang respon daripadanya, permohonan yang dilakukan dianggap gagal. Dia turut berharap kesemua individu yang dibantu mampu memanfaatkan wang yang diberikan.

Tiada siapa yang memahami bagaimana orang susah cuba untuk meneruskan kehidupan ketika ini. Terima kasih kepada Man kerana begitu ikhlas ingin membantu mereka yang memerlukan. Boleh menjadi contoh buat artis serta orang lain di luar sana.

Ramai selebriti yang telah ulang-siar Instagram dari Man Raja Lawak sebagai tanda sokongan. Antaranya Afdlin Shauki yang begitu terharu dengan semangat yang dizahirkan oleh Man bagi membantu semua yang terjejas dengan penularan Covid-19.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OPPO A91 Shopee Live Launch

Tontonan Astro TV Berganda Ketika Perintah Kawalan Pegerakan