in

Mampukah Babak Ranjang Jadi Pelaris Filem Paku?

Bagi Budiey, sesebuah filem bermutu perlu ada nilai murni dan mesej yang dapat memberi impak positif pada penonton. Tidak kira ianya dipaparkan dari sudut yang negatif atau sebaliknya, apa yang penting pengarah perlu meneliti kesan yang akan datang selepas filem itu ditayangkan di pawagam. Pastinya, di akhir titik penamat cerita, kenalah ada unsur pendidikan dan pengajaran, tak gitu?

Dengan situasi penjualan tiket yang agak merudum di pawagam, Budiey lihat macam-macam dilakukan oleh penerbit untuk menarik minat orang ramai datang ke pawagam termasuklah menyelitkan adegan ranjang yang berbau sensual dalam filem mereka. Seperti biasa, perkara ini menjadi highlight utama pengkritik dan pemerhati filem. Penonton juga memang mahu tonton babak-babak sebegini yang boleh merangsang naluri seksual mereka. Eh?

Filem Paku Ada Adegan Panas?

[dropcap]B[/dropcap]aru-baru ini, Budiey sempat ke tayangan eksklusif trailer filem Paku lakonan Johan As’ari dan pendatang baru meningkat naik, Aishah Ilias. Filem terbitan Nusantara Seni Karya ini turut dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Zaidi Omar, Sidik Hussin, Kamal Adli, Pekin Ibrahim, Azad Jasmin, Diana Johor dan Diddy Hirdy. Filem Paku digarap berdasarkan kisah benar dan dikatakan filem ini ada kekuatan dari segi skrip dan aspek kesan khasnya, sekali gus memberi kelainan pada penonton. Wah, kiranya ini adalah kali pertama Johan melakonkan babak panas ini, kan?

Setelah mendapati filem ini ada adegan panas yang memerlukan Johan berlari-lari anak dulu sebelum melakukan ‘adegan seks’, Budiey pasti ada 50% lelaki akan datang ke pawagam. Bagi Johan pula, dia kata, dia tak mahu adegan panas dalam filem Paku ini disensasikan oleh media. Baginya, beliau mahu menjalankan tugas sebagai pelakon. Tambahan pula, Budiey lihat beberapa kali Johan bagaikan meminta dan memohon kepada media agar tidak menjadikan isu ini satu isu yang besar.  Dengarnya, pengarah telah meminta beberapa krew sahaja dibenarkan berada di set tersebut ketika babak itu dilakonkan. Telefon bimbit dan kamera digital juga dilarang masuk ke set. Takut ada pula yang membocorkan video di internet.

“Saya pertama kali bawa watak yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk melakonkan kerana saya belum berkahwin, begitu juga Aishah, jadi kami minta agar krew yang tidak terlibat keluar daripada set tersebut. Saya tidak mahu perkara ini akan menimbulkan fitnah dan mengelakkan gambar yang tidak sepatutnya diambil dan tersebar.”

Menurut Rameesh, skrip asal filem ini dihasilkan penulis skrip cerita seram terkenal Indonesia, Alexander.

“Cerita ini turut me­nyelitkan tragedi ngeri Highland Towers yang berlaku di negara ini satu ketika dulu yang turut membabitkan warga Indonesia. Skrip asal cerita Paku diolah semula mengikut kesesuaian budaya tempatan oleh Shahriza Mahmud. Walaupun ia cerita seram, filem ini tetap memiliki mesej kekeluargaan yang ingin disampaikan kepada penonton.”

Berkongsi cabaran mengarahkan filem itu, Rameesh berkata, setiap cabaran yang ada dapat diatasi dengan hasil kerja berpasukan.

“Paling mencabar untuk merealisasikan babak ranjang pasangan suami isteri, Fahmi dan isterinya, Rania dalam filem ini. Babak itu terpaksa juga dibuat untuk menghidupkan lagi jalan cerita. Sebagai pe­ngarah, saya perlu pastikan babak ranjang itu tidak menimbulkan kontroversi dan menjejaskan sensitiviti ma­syarakat di luar sana. Mujur semua barisan pelakon dan kru memberikan komitmen terbaik mereka pada filem ini.”

Ditanya pemilihan pelakon utama pula, kata Rameesh, pemilihan Johan dan Aishah diputuskan produser filem itu sendiri.

“Nama Johan dicadang­kan pihak NSK sendiri untuk watak Fahmi dan Aishah pula dipilih selepas uji bakat kerana pihak kami mencari bakat baru yang boleh diketengahkan. Kami bukan saja mencari pelakon yang cantik, tetapi berbakat untuk pegang watak Rania yang berat itu.”

Tak tiru Paku Pontianak

Filem Paku tiada persamaan dari segi jalan cerita dan konsep filem Paku Pontianak arahan Ismail Bob Hasim terbitan MIG yang dihasilkan sebelum ini.

Dalam pada itu, Johan yang pertama kali melakonkan cerita seram ini mengakui teruja dengan jalan cerita yang berbeza daripada filem seram lain.

“Ketika menerima tawaran ini, saya baca skripnya sangat kuat dan menarik, watak yang saya bawa pula lebih banyak bermain dengan emosi Pada saya watak Fahmi yang tidak dapat menerima kehilangan isteri itu memerlukan saya banyak menangis dan mencabar lakonan saya.”

“Saya bertanya kepada pengarah macam mana nak buat aksi ini, dia kata ia seperti selepas bermain bola, jadi saya terpaksa berlari mengelilingi kawasan lokasi terlebih dahulu untuk mendapatkan perasaan itu,”

Menurut Rameesh yang berpengalaman mengarahkan 15 filem Tamil termasuk dua filem Melayu, kalau ada persamaan pun hanya judul filem itu.

“Pada mulanya, kami ingin menggunakan judul filem Paku Pontianak, tapi terpaksa menggunakan Paku saja selepas ada produser lain yang guna judul sama untuk mengelakkan kekeliruan.”

Filem Paku turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti

Ia bakal menjengah pawagam seluruh tanah air pada 12 Disember depan.

Soalan Budiey, adakah adegan panas yang dibenarkan oleh LPF ini dapat melariskan filem Paku? Korang rasa?

paku

paku

paku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahz Jaszle Bersyukur Keluarga Tunang Terima Semula

Ning Bakal Lancar Haruman Jenama NING