in

Mamee Lancar Shinsegae Mamee Daebak

Mamee-Double Decker (M) Sdn. Bhd. telah melancarkan produk baharu berasaskan makanan popular Korea Selatan untuk pasaran Malaysia baru baru ini.

Produk yang diberi nama Shinsegae Mamee Daebak ini merupakan hasil usaha sama dengan syarikat penyedia makanan terkemuka di Korea Selatan, Shinsegae Food berikutan syarikat berkenaan mempunyai kepakaran dalam pembuatan bahan perasa digabungkan dengan kepakaran syarikat Mamee dalam pembuatan Mi di Malaysia.

Mamee Daebak yang kini dijual di dalam bentuk paket dan juga cawan dengan dua perisa iaitu Kimchi Pedas (Mi Sup) serta Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) memberikan rasa yang asli dan memukau untuk para penggemar mi segera Korea.

Mamee Lancar Shinsegae Mamee Daebak

Mamee Daebak Ayam Goreng Pedas (Mi Goreng) disertakan dengan kepingan ayam goreng pedas yang rangup membuatkan anda pasti jatuh cinta! Tak kurang juga dengan perisa Kimchi Pedas (Mi Sup) dengan kepingan Kimchi yang asli menjadikan Mamee Daebak istimewa dan enak.

Produk yang mempunyai sijil Halal yang disahkan oleh JAKIM ini memberikan lebih kepercayaan kepada para pengguna kerana tidak perlu lagi was-was untuk menikmati Mamee Daebak. Rasai keenakan Mamee Daebak sekarang dan anda Pasti Jatuh Cinta!
Video: Super Junior Kim Heechul meluluskan & menyukai Shinsegae Mamee Daebak dari Malaysia! Apa yang anda tunggu lagi?

FB : Mamee Noodles
IG : @mameenoodles.my

Mamee Lancar Shinsegae Mamee Daebak
Mamee Lancar Shinsegae Mamee Daebak
Mamee Lancar Shinsegae Mamee Daebak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

First GOOSEBUMPS 2: HAUNTED HALLOWEEN Trailer

Singgah Berteduh & Menjamu Selera di Restoran MAMANDA Singapura