in ,

Mamat Khalid Masuk ICU, Lebihan Air dalam Badan & Sesak Nafas

Pengarah filem yang prolifik, Mamat Khalid diberitakan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Pakar KPJ, Ipoh, Perak, berikutan masalah sesak nafas yang berpunca daripada lebihan air dalam badan.

Anak keempatnya, Mohd Khalid Amen, 23, berkata ayahnya meminta dibawa ke sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas mengadu sukar bernafas, pagi tadi. Amen yang kini berada di Bangkok, Thailand bagaimanapun, memaklumkan keadaan bapanya itu tidak membimbangkan dan doktor memberikan dos ubat supaya dapat tidur serta berehat.

MAMAT KHALID

“Sebelum saya berangkat ke Bangkok untuk menyiapkan suntingan akhir filem Rock 4, keadaan ayah baik-baik sahaja. Cuma, dia nampak penat kerana sudah beberapa malam sukar melelapkan mata.

“Pagi tadi, saya dimaklumkan, dia meminta sepupu menghantarnya ke hospital. Namun, keadaannya stabil dan tekanan darah juga normal.

“Buat masa ini, dia ditidurkan sekejap, manakala proses membuang lebihan air dalam badan juga berjalan lancar.

“Doktor ada memberitahu, masalah seperti itu memang biasa berlaku, terutama bagi mereka yang menghidap sakit jantung,”

– Mohd Khalid Amen

Akhir Januari lalu, Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 56, koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat masalah sama.

MAMAT KHALID

Pada April 2017, pengarah popular itu pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor akibat kepenatan melampau.

Tiga tahun sebelumnya, sutradara disegani itu menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat berikutan masalah jantung.

Ditanya mengenai gambar bapanya yang terbaring dengan tiub dan wayar berselirat, Amen berkata, ia menyebabkan ramai menyangka ayahnya sedang sakit teruk.

Mamat khalid

“Wayar yang menonjol itu sebenarnya alat penguji tekanan darah. Dia juga bukan koma, sebaliknya ditidurkan bagi membolehkannya mendapat rehat yang cukup.

“Walaupun tidak berada di sisi keluarga, saya sentiasa mendapat maklumat terkini. Setakat ini, keadaan ayah tidak membimbangkan. Terima kasih atas doa,” katanya yang terbang ke Bangkok, kelmarin.

Amen berkata, selepas pulih, bapanya kembali ke lokasi penggambaran telefilem, 7 Puasa, selain memantau perkembangan pembikinan Rock 4 yang ketika itu masih berbaki 30 peratus untuk disempurnakan.

“Proses penyembuhan ayah agak cepat, mungkin kerana semangatnya kuat. Cuma, dia tidak dapat berjalan selincah dahulu dan jika mahu ke mana-mana, anak atau anak saudaranya akan memandu.

“Alhamdulillah, kekuatan semangat mendorongnya untuk menyelesaikan tanggungjawab yang ditinggalkan seketika sebelum ini,”

– Mohd Khalid Amen

Menurut laporan Harian Metro, Isteri Mamat, Hasmah Hassan berkata, ketika kejadian Mamat berada di rumah dan tiba-tiba mengalami sesak nafas.

“Selepas abang mengalami sesak nafas saya terus bawa ke hospital dan pagi tadi keadaannya masih okey tetapi petang ini doktor kata kesihatannya agak merosot.

“Saya mohon doa semua kerana kami kini sedang sibuk dalam pra produksi menyiapkan filem Enam,”

– Hasmah Hassan

Hasmah berkata, dia berharap keadaan Mamat tidak ditularkan tetapi memohon doa semua supaya suaminya cepat sembuh.

“Saya kini berada di hospital menunggu keputusan daripada doktor. Mungkin juga keadaannya kembali sakit kerana terlalu sibuk dengan kerja.

“Memang saya sudah nasihatkan banyak kali supaya dia berehat saja dulu tetapi katanya tidak boleh,”

– Hasmah Hassan

Mamat atau Mohamad Mohamad Khalid, 56, sebelum ini pernah koma lebih dua minggu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, akibat masalah sama.

Pengarah popular itu juga pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pada April 2017 akibat kepenatan melampau.

Tiga tahun sebelumnya, Mamat pernah menjalani pembedahan kecil membuka saluran darah yang tersumbat berikutan masalah jantung yang dihadapinya.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hafreez Adam & Zara Zya Selamat Bertunang

airasia

AirAsia dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia di World Travel Awards Asia dan Oceania 2019