in ,

Mamat Khalid Mahu Buat Filem Rock Lentok?

Selepas kejayaan Rock Oo, Budiey dengar pengarah tersohor, Mamat Khalid mahu menyambung sekuel kehebatan dunia rock kapak dalam filem Rock 3 pulak. Semasa membaca status di Facebook milik Mamat Khalid, Budiey rasa sangat teruja dan tak sabar sebab Budiey antara blogger yang banyak mengikuti perkembangan filem Rock Oo dan pernah mengikuti pengambaran di Perak.

Sekarang ini, Mamat Khalid bersemangat dan sibuk merancang untuk menjayakan filem ini termasuk mengumpulkan semula pelakon hebat dalam Rock Oo seperti Khir Rahman, Que Haidar, Pekin dan ramai lagi. Pasti korang semua dah tak sabar nak tengok bagaimana keadaan watak Amy Mat Piah, Jijo, Black, Slash Haji Tapah dan Zul Kapan.

Khabarnya, Mamat Khalid mahu memberi judul filem ini dengan ROCK LENTOK tapi dia risau pula kemungkinan besar orang kita tak faham apa maksudnya dan menjejaskan pula kutipan filem ini nanti.

Dari segi skrip filem Rock Lentok, ramai yang kata akan meletop sebab ia sangat menarik. Mamat Khalid kali ini mahu memecahkan jalan cerita di mana salah seorang rockers terbabit dengan ajaran sesat.

Oh mak aih, Budiey tak sabar nak tengok. Harap filem Rock 3 ni lebih baik dan lebih mantap dari Rock Oo ye.

Mamat Khalid

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prema Yin Bakal Lancar Album Redefined

Adi Putra Kantoi Skandal Dengan Isteri Orang?