in ,

Mamat Exists Ditahan Polis Di Johor Bahru Semalam

VOKALIS Exists, Mamat yang bakal mengadakan konsert reunion bersama anggota asal kumpulan itu pada 28 September ini ditahan oleh polis di Taman Perling, Johor Ahad malam.

Penahanan Mamat, 41, itu difahamkan ada kaitan dengan kesalahan dadah semasa menunggang motosikal bersama seorang rakannya. Difahamkan, Mamat dilihat dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemui serbuk putih dipercayai syabu seberat seberat kira-kira 0.42g yang disimpan dalam dompetnya.

Mamat dan rakannya itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Utara untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil ujian air kencing yang dibuat ke atas mereka juga mendapati kedua-dua suspek positif

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Assistant Kommissioner  Mohd Taib Ahmad mengesahkan penahanan Mamat.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin mencipta fenomena ketika muncul bersama Exists pada awal 1990.

Bersama Exists, Mamat sangat masyhur dengan lagu-lagu seperti Untukmu IbuRahsia Pohon Cemara dan Langkah Seiringan.

Penyanyi ini merupakan antara segelintir artis yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan dadah dan sudah beberapa kali ditahan pihak berkuasa.

Dia juga pernah menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga terbitan Astro dan mendapat tempat kedua.

Sementara itu, jurucakap Shiraz Projects yang juga penganjur konsert Exists Reunion pula memberitahu, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini dalam waktu terdekat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bagan BC Muncul Juara Divisyen 3 ACPLJ 2019

Hafiz & Adira Kembali Bersatu dalam TAKDIR TERCIPTA