in , ,

Malique Dedah Wajah Anak Perempuan Dalam Music Video SEDIH HATI

Telah menjadi bualan ramai apabila penyanyi rap terkenal, Malique mendedahkan wajah anak perempuannya, Inca Medina dalam muzik video (MV) Sedih Hati versi akustik yang dilancarkan menerusi YouTube semalam.

Telah menjadi bualan ramai apabila penyanyi rap terkenal, Malique mendedahkan wajah anak perempuannya, Inca Medina dalam muzik video (MV) Sedih Hati versi akustik yang dilancarkan menerusi YouTube semalam.

Dalam muzik video tersebut, Inca dan tiga lagi pemuzik yang terlibat pada awalnya hanya memakai penutup muka yang hanya menampakkan bahagian mata dan mulut sahaja.

Namun, di penghujung video, kesemua mereka membuka topeng tersebut dan mendedahkan wajah masing-masing.

Teka-teki ramai melihat wajah Inca Medina yang selama ini hanya disebut dalam lagu Senyum nyanyian Malique akhirnya terjawab.

Selain Inca Medina, pasangan itu dikurniakan tiga lagi cahaya mata.

Selepas pembubaran Too Phat pada 2007, Malique memilih untuk bergerak solo dan tidak pernah muncul dalam mana-mana platform media.

Selain itu, dia bagaimanapun masih aktif sebagai pemuzik dan penyanyi dengan berkolaborasi bersama penyanyi-penyanyi popular lain. Penampilan Malique sehingga hari ini kekal menjadi ‘misteri’ dan tanda tanya ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Produksi ‘Rivers In The Sky’ Saksikan Masakini Theatre Company Bergabung

SAMSUNG FLIP SERIES

Meneroka Legasi Penciptaan & Ekspresi Diri Samsung Galaxy Z Flip Series