in

Malaysia Jalin Kerjasama Dengan Syarikat Gergasi Muzik Antarabangsa Di MIDEM 2016

Pasaran muzik terbesar dunia yang baru sahaja melabuhkan tirainya bagi tahun 2016, Marché International du Disque et de l’Edition Musicale (MIDEM) telah menyaksikan persetujuan tiga memorandum persefahaman (MOU) antara syarikat-syarikat Malaysia; Breaking Records dan Matrix Gen bersama syarikat-syarikat gergasi muzik antarabangsa; Believe Digital (Perancis), Alibaba Group (China), and GCA Entertainment (Taiwan).

From left_ Representative of GCA Entertainment (Taiwan), Pn Khalidah Mohd Darus (Representative of KKMM), and Ong Peng Chu (CEO of Matrix Gen)_1

Breaking Records dan Believe Digital, Perancis

Syarikat rakaman indie tempatan, Breaking Records menandatangani memorandum persefahaman dengan Believe Digital, sebuah pengedar muzik digital terkemuka di Eropah untuk membawa kumpulan Paperplane Pursuit ke peringkat antarabangsa dengan mempromosikan muzik mereka secara digital dalam pelbagai platform digital bertaraf global.

John O, Pengarah Urusan Breaking Records dan vokalis utama bagi Paperplane Pursuit berkata, “Kami sangat teruja dengan keputusan Believe Digital untuk membawa muzik kami ke platform digital yang lebih besar. Melalui kerjasama ini, kami telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai ramai bakat dan muzik yang boleh diketengahkan di pasaran antarabangsa.”

Sylvain Delange, Pengarah Jualan Asia Pasifik Believe Digital berkata “mereka (Paperplane Pursuit) mempunyai potensi yang besar dan kami percaya bahawa mereka dapat menambat hati peminat bukan sahaja di Asia tetapi juga di Eropah, United Kingdom dan Amerika Syarikat.”

Paperplane Pursuit telah berjaya memecah masuk carta Billboard Top 40 Mainstream Indicator Chart pada bulan September 2015 dengan single mereka yang bertajuk, Feel Good.

From left_ Pn Khalidah Mohd Darus (Representative of KKMM), John O (Managing Diretcor of Breaking Records), Sylvain Delange (Believe Digital’s Head of Sales Asia Pacific), and Isaac Ravi of Paperplane Pursuit_2

Matrix Gen dan Alibaba Group, China

Matrix Gen, syarikat pengurusan artis tempatan telah menandatangani dua memorandum persefahaman di MIDEM 2016. Pertama, dengan syarikat perdagangan digital terkemuka China, Alibaba Group Holding Limited melalui platform muzik baharu mereka, Alibaba Planet.

Melalui memorandum tersebut, Matrix Gen bakal dilantik menjadi wakil bagi Alibaba Planet di Malaysia. Syarikat pengurusan artis ini juga akan mengetengahkan bakat muzik dari Malaysia ke negara China dan kandungan muzik mereka ke platform tersebut. Tambahan pula, Ong Peng Chu, Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Gen akan bertindak sebagai penasihat untuk memperkenalkan artis dan muzik Malaysia kepada Alibaba Planet. Dalam pada itu, Ong memetik Elizabeth Tan sebagai salah seorang penyanyi yang berpotensi untuk dibawa ke pasaran antarabangsa.

“Alibaba Planet ditubuhkan untuk mengubah perniagaan industri muzik secara keseluruhan dengan memberi tumpuan kepada hubungan peminat-kepada-artis, dan kami amat teruja kerana diberi peluang untuk mewakili platform tersebut di Malaysia di mana peminat dan artis saling menyokong antara satu sama lain,” kata Ong.

Matrix Gen dan GCA Entertainment, Taiwan

Selain itu, Matrix Gen juga telah bersetuju untuk bekerjasama dengan GCA Entertainment, syarikat pengurusan artis ternama di Taiwan bagi menganjurkan konsert antarabangsa ‘Oxygen’ yang akan menampilkan diva pop Taiwan, A-Mei selain penyayi popular dari Malaysia dan seluruh Asia.

Seterusnya, Matrix Gen akan bertanggungjawab untuk membawa penyanyi tempatan membuat persembahan di salah satu festival muzik di Taiwan yang akan meraikan ulang tahun ke-25 tahun ini.

Tahun 2016 menandakan penyertaan keempat berturut-turut oleh Malaysia ke pasaran MIDEM. Delegasi Malaysia pada tahun ini diketuai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan disertai oleh 15 syarikat-syarikat yang merangkumi ekosistem muzik tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Khas Raya MAKBUL, SEKERDIL DOA Mengusik Jiwa

Remy Ishak & Nabila Huda Terajui TERCIPTA UNTUKKU