in , , ,

CuteCute HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Malaysia Airports Lancar Kempen Marvel Super Heroes Have Landed di KLIA

Pada 12 April 2019 lalu, Budiey berkesempatan untuk mengadakan liputan di acara Pelancaran Kempen Marvel Super Heroes Have Landed yang berlangsung di KLIA pada jam 10.30 pagi. Mulai 12 April hingga 16 Jun, pengemar filem Marvel dapat menyertai pelbagai aktiviti dan mendapatkan merchandise barangan dari filem Marvel.

Tanggal 12 April lalu, Malaysia Airports bersama dengan The Walt Disney Company Malaysia dan Maybank telah melancarkan kempen “Marvel Super Heroes Have Landed” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia). Jadi, Budiey nak war-warkan kepada anda semua pembaca, mulai sekarang sehinggalah 16 Jun, para penggemar dan pengikut setia filem Avengers berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang cukup menyeronokkan dan interaktif.

Image 3 - Launch with KOLs

Selain itu, pengunjung juga dapat bergambar bersama watak-watak karakter super hero dari filem Avengers yang bersaiz ‘real’ hidup yang terdapat di beberapa lokasi terminal KLIA dan klia2 semasa kempen dari 12 April hingga 16 Jun 2019.

Avengers

Acara kempen ini diadakan buat semua peminat tegar filem AVENGERS, sempena dengan tayangan filem AVENGERS: ENDGAME yang akan ditayangkan di Malaysia mulai 24 April ini. Dalam filem sekuel kepada “Marvel’s The Avengers” ini, Iron Man, Hulk, Captain America, Black Widow dan ramai lagi termasuklah adiwira baru akan diperkenalkan. Mereka bakal kembali bekerjasama dalam mempertahankan Bumi daripada dimusnahkan oleh penjahat.

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Robert Downey Jr., Chris Hemsworth, Mark Ruffalo, Chris Evans, Scarlett Johansson, Benedict Cumberbatch dan ramai lagi. 

Budiey pasti ramai penonton yang tak pernah ketinggalan menonton filem ni akan lebih teruja sebab dapat membeli belah pelbagai barangan merchandise samada dari peringkat kanak-kanak sehinggalah orang dewasa.

Jika korang kebetulan mahu terbang atau singgah di klia dan klia2, atau berada berhampiran lokasi kejadian bolehlah datang usha-usha dan berjabat tangan dengan pasukan Avengers ni di sesi Meet & Greet yang ditetapkan. Boleh rujuk kepada poster di atas ni.

Image 1- Unveiling Quinjet

Antara yang ‘mendarat’ di sana ialah Avenger’s Quinjet, the Avengers Freeze Frame Station, the Iron Man Shooting Range dan Thor’s Hammer Game. Inilah masanya nak bergambar dan berselfie dengan mereka, kan?

Image 4 -Speech by Mr. Nazli

Menurut Mohammad Nazli Abdul Aziz, Pengurus Besar Perkhidmatan Komersial Malaysia Airports;

“Kami mahu mengubah persepsi dan tanggapan orang ramai tentang fungsi lapangan terbang kini bukan sahaja untuk menjadi hab atau hentian ke destinasi semata-mata.

“Melalui inisiatif-inisiatif ini, kami percaya kami semakin dekat dengan orang ramai dalam mengubah lapangan terbang kami daripada menjadi hab pengangkutan kepada gaya hidup utama dan destinasi membeli-belah.

“Kita mesti terus berusaha untuk terus relevan dan berdaya saing dalam memberikan yang terbaik kepada pelancong dan tetamu di lapangan terbang kami. “

– Mohammad Nazli Abdul Aziz
Setup 3 - Ironman Training Station

Antara yang menarik adalah seperti:

  • Terdapat satu model skala A scale Avenger’s Quinjet
  • Ada permainan interaktif seperti Iron Man Shooting Range dan Thor’s Hammer Game.
  • Replika atau figurines bersaiz sebenar karakter super hero yang sangat popular iaitu Captain American, Iron Man dan Thor.
Setup 1 - Marvel retail area in KLIA

Bagi peminat yang ingin mendekat dan berselfie dengan karakter Super Heroes Avengers kegemaran mereka, berikut ini adalah jadual dan masa untuk sesi Meet and Greet khas yang dijadualkan pada masa berikut:

  • 12-14 April (11am, 1pm, 3pm, 5pm dan 6.30pm)
  • 19-21 April 2019 (11am, 1pm, 3pm, 5pm dan 6.30pm)
Alif Satar & Ironman

Acara ini turut dihadiri oleh Jon Tjin Kee, Director, Disney Media + ; Vichelle Woon, Head of Marketing, Cards Group, Community Financial Services, Maybank; Chen Tien Yue, Executive Director, Royal Selangor Marketing Sdn. Bhd., bersama selebriti terkenal seperti Alif Satar, Daphne Iking dan Ung Yiu Lin.

Setup 2 - Marvel retail area in KLIA

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, pelanggan Maybank boleh menikmati tawaran menarik untuk mendapatkan koleksi edisi terhad apabila mereka membeli belah dengan jumlah minimum dengan menggunakan Kad Maybank di semua lapangan terbang antarabangsa yang dikendalikan oleh Malaysia Airports.

Penebusan untuk koleksi boleh dibuat di KUL, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Outlet Royal Selangor, Lapangan Terbang Antarabangsa Tahap 2) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Outlet Royal Selangor, Tahap Penerbangan Antarabangsa, Terminal 1).

Untuk info lanjut, sila layari: www.malaysiaairports.com.my.

Follow Instagram: @indulgemalaysiaairports

Image 5- Ironman Appearance

Peraduan Menang 20 set Card Holder & Plush Toys dari Marvel Avengers

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Malaysia Airports ingin menghadiahkan 20 set Card Holder & Plush Toys untuk pembaca setia Budiey.com.

AVENGERS ENDGAME

Untuk menangi set hadiah ini, anda hanya perlu menjawab dua soalan mudah kat bawah ini:

Jawab soalan mudah ini:

  1. Nyatakan tarikh tempoh kempen Marvel Super Heroes Have Landed di Klia?
  2. Nyatakan dua karakter super hero yang dipamerkan di klia.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Kempen Marvel Super Heroes Have Landed bertambah menarik jika…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Menang 20 set Card Holder & Plush Toys dari Marvel Avengers

Tarikh tutup peraduan:

20 Mei 2019

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Malaysia Airports dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Setup 4 - Thor Hammer Game
Setup 6  - Ironman figurine
Ung Yiu Lin & Family with ironman
Daphne Iking & Quinjet
Setup 5  - Thor figurine

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

E1 Band

Ezuwan Ismail Lancar Lagu Raya Serentak dengan Koleksi Baju Raya RINDU LEBARAN

Bertemakan Bangsawan, Kolaborasi Unik NEONATE X Tenun Pahang Diraja Felda