in

Malam Menghargai Media JAMU MAK DARA Tawar Hadiah Kereta

Hari yang lemau, rasa malas dan rasa nak bercuti je hari ini. Monday Blues barangkali. Tapi nak tak nak terpaksa juga buat kerja. Jenguk dan check emel dan balas emel serta kemaskini blog. Tiada hari cuti rasanya. Cukuplah semalam, sehari suntuk Budiey tidur kat rumah. Kalau tak segar hari ini tak tahu la kan.

Pada hari ini, Budiey ada menerima jemputan untuk menghadiri Malam Menghargai Media sebuah syarikat produk terkemuka, Jamu Mak Dara. Bertemakan hitam dan emas, acara tahunan ini dikatakan sangat meriah dengan kehadiran ramai selebriti dan juga media. Melihat kepada hadiah cabutan bertuahnya memang lumayan la sebab ada di kalangan media yang hadir akan menerima sebuah kereta. Wah, gempak giler kan?

Cakap pasal malam media atau media nite ni, pada malam ini, Budiey juga akan menghadiri satu media nite yang akan diadakan di Red Box. Malam ni nak karaoke puas-puas memandangkan dah lama tak karaoke kan? Pada malam ini dengarnya, ada hadiah lumayan juga menanti para media yang hadir.

Good luck buat semua yang hadir malam ni.

#JamuMakDara10Anniversary

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ZAINAL ABIDIN

Konsert Zainal Abidin Bersama Orkestra Filharmonik Malaysia

Betul Ke Brad Pitt & Angelina Jolie Bercerai?