in

Malam Gala Tayangan Filem THE KID FROM THE BIG APPLE

Pada jam 10.30 pagi tadi, telah berlangsung Prebiu Media Tayangan FIlem The Kid From The Big Apple di GSC Mid Valley.

The Kid From The Big Apple merupakan sebuah flem drama komedi yang mengisahkan seorang kanak- kanak, Sarah yang dibesarkan di New York melawat Malaysia buat pertama kali untuk tinggal bersama datuknya, Gen.

Seterusnya, pelbagai pertempuran budaya dan tradisi yang mencuit hati berlaku dan dalam masa yang sama, Sarah juga mengetahui mengapa hubungan ibunya, Sophia dan datuknya renggang sejak dia dilahirkan.

Pada malam esok pula, akan berlangsung Malam Gala Tayangan Filem THE KID FROM THE BIG APPLE dan akan dihadiri oleh pelakon utama dan juga pengarah filem ini.

Filem ini diarahkan oleh Jess Teong, juga produser untuk filem Paper Moon (2013) yang telah memenangi anugerah Filem Bukan Melayu Terbaik di FFM26. Filem ini dibintangi oleh pelakon popular Hong Kong: Tommy Tam (Ti Lung) dan Jessica Hester Hsuan, serta pelakon dari Malaysia: Tan Qin Lin dan Tan Jason, sebagai watak utama.

Baru-baru ini, The Kid From The Big Apple telah merangkul beberapa anugerah di Festival Filem Antarabangsa Macau ke-7, seperti Penulisan Skrip Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik, Pelakon Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik. Seterusnya ia bakal ditayangkan di Festival Filem Asia Osaka ke-11.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tugasan Lawak Bertemakan MAJLIS Dalam Maharaja Lawak Mega 2016

Peraduan Tayangan 13TH HOURS: SECRET SOLDIERS OF BENGHAZI