in , ,

Malam Gala Filem ANAK JANTAN Berlangsung Malam Ini

Pada jam 8 malam ini, Budiey akan menghadiri Malam Gala Filem ANAK JANTAN yang akan berlangsung di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara. Sebelum ini, pihak media telah pun menonton filem ini dan ada yang berpendapat filem ini cukup mengujakan. Betul ke tidak? Samalah kita menontonnya pada malam ini.

Anak-Jantan-Poster

Filem terbitan Grand Brilliance ini membariskan pelakon popular seperti Farid Kamil, Nora Danish, Dato’ Rahim Razali dan Bront Palarae pastinya dilihat satu buah tangan terbaru bagi memeriahkan lagi industri perfileman yang kian suram. Tidak lupa, beberapa orang pelakon baru diperkenalkan dalam filem ini seperti Pablo Amirul, Pesha Muhammad dan ramai lagi.

Filem Anak Jantan yang bergenre aksi ini diarahkan oleh Faizal A Rashid dan skrip diubah oleh Opie Harris dari idea asal Latiff Mohaiden.

Anak Jantan mengisahkan Darin ingin melupakan masa silam dan memulakan kehidupan baru bersama kekasihnya, Nara. Mereka telah ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baru.

Bagaimanapun, kebahagiaan mereka tidak lama apabila musuh lama Darin, Somchai muncul dan menyebabkan Darin terpaksa berdepan dengan kisah silamnya kembali.

Anak Jantan akan memulakan tayangannya pada 30 Oktober 2014.

Bagi anda yang ingin mengetahui kesudahan filem Anak Jantan ini, jangan lupa saksikan di pawagam berdekatan anda nanti.

ae989bda1f021a770b5a81c733a4d6b8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pencalonan Akhir Festival Filem Malaysia 26

Aril Berhenti Jadi Penyampai Mahu Fokus Jadi Penyanyi