in

Sekitar Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

Dendam Pontianak Menghantui Pawagam Mulai 12 September 

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK telah berlangsung pada 3 September 2019 lalu di mCinepelexes, Mutiara Damansara dengan dihadiri oleh pelakon dan juga pengarah filem ini. Filem terbitan Tiger Tiger Pictures dan edaran Primeworks Studios yang menggandingkan Nur Fazura dan Remy Ishak buat pertama kalinya di layar perak bakal menemui penonton mulai 12 September 2019 ini di Malaysia.

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

‘Dendam Pontianak’, ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan ‘Dendam Pontianak’, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan. 

’Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam.

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

Ia merupakan salah satu cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.

Mitos tentang Pontianak ini adalah satu cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis Asia dan menakutkan dan unik untuk tatapan penonton global tentang genre seram.

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menghargai filem seram yang ditambah juga unsur revisionism dan kontemporari.

“Titik permulaan saya untuk mencetuskan idea penceritaan filem ini adalah bermula dengan persoalan demi persoalan tentang Pontianak mengapa ianya menjadi satu figura yang sangat menakutkan sejak berabad yang lalu walhal ianya hanya seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan seorang bayi.

Apakah kesilapannya sehingga kita menggelarkan ia sebagai salah satu roh yang jahat?

– Glen Goei (Pengarah)
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

“Cabaran utama kami adalah menghasilkan sebuah idea yang lebih segar dan terkini untuk membuat jalan penceritaan menjadi lebih menarik dan pada masa yang sama, mengekalkan elemen klasik dari filem-filem Pontianak tahun 50-an dan 60-an.

Semua kisah bergenrekan Pontianak rata-ratanya menjurus kepada dendam dan amarah. Jadi persoalannya, bagaimanakah cara untuk kami mengekalkan motif yang sama tapi melihat dari sudut yang baharu?

Bagi kami sendiri, caranya adalah untuk lebih fokus pada watak Pontianak itu sendiri dan tentang kisah peribadinya. Siapakah dia dan apakah yang terjadi kepadanya sebelum dia menjadi Pontianak?

Filem ini juga meneroka kebarangkalian sifat rakus yang wujud dalam diri manusia. Jika diuji tahap kesabarannya, tidakkah manusia itu sendiri juga akan berubah dan memberontak? 

“Intipati filem ini adalah tentang cinta dan apakah akibatnya jika cinta sejati itu dikhianati.

Segala penceritaan dan paparan tragedi baik dan buruk yang menimpa semua watak-watak di dalam filem sememangnya bermula dari cinta.”

“Harapan saya untuk filem ini supaya ia dapat menghiburkan penonton, itu menjadi adalah objektif utama dalam setiap pembikinan filem.

Saya juga berharap menerusi filem ini dapat memperkenalkan semula kisah Pontianak kepada generasi baru yang kini lebih terbuka untuk menonton filem ke pawagam dan sekaligus dapat bersama dapat merasakan perasaan teruja untuk menonton filem seram yang mempunyai elemen klasik.

Dalam masa yang sama, ia dapat menggalakkan penonton dan peminat untuk menonton kembali filem-filem klasik yang seram terdahulu,”

– Gavip Yap, salah seorang pengarah filem Dendam Pontianak.
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

“Kami sangat teruja diberi peluang untuk bekerjasama dengan Tiger Tiger Pictures untuk menayangkan filem seram ini di Malaysia dan kami juga tidak sabar menunggu reaksi para peminat dan penonton untuk menikmati filem yang sangat dinanti-nantikan ini.

Selain daripada menghasilkan filem tempatan yang berkualiti tinggi, seperti Sangkar dan Pulang, Primeworks Studios akan terus membawa filem-filem terbaik serantau di mata Asia,”

– Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.

Filem ini buat pertama kalinya menggandingkan dua pelakon ternama di Malaysia iaitu Nur Fazura dan Remy Ishak di layar lebar sebagai teraju utama.

Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish. 

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara-negara serantau antaranya ialah Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d’Or untuk Uncle Boomee Who Can Recall His Past Lives), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng. 

Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini.

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali beliau menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu.

Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Dendam Pontianak, mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.

Untuk info lanjut mengenai ‘DENDAM PONTIANAK’, layari 

#DendamPontianak 

#HanyamuSelamanya

Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK
Malam Gala Filem DENDAM PONTIANAK

MENGENAI TIGER TIGER PICTURES

Tiger Tiger Pictures adalah syarikat produksi yang beroperasi di Singapura. Syarikat ini telah menerbitkan filem pertama yang dipersembahkan di Festival Sundance arahan oleh Glen Goei – Forever Fever (1998) sekaligus menjadi penanda aras untuk filem ini untuk tayangan global. Forever Fever telah diedarkan di Amerika dan United Kingdom oleh Miramax yang telah ditandatangani oleh Goei dalam sebuah perjanjian three-picture-deal secara eksklusif dengan mereka. Tiger Tiger Pictures juga telah menerbitkan filem kedua Goei iaitu The Blue Mansion (2009) yang buat pertama kalinya ditayangkan kepada umum di Festival Filem Antarabangsa Busan dan telah memenangi Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik di SPH Singapura.

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS

Primeworks Studios adalah syarikat produksi terkemuka di Asia Tenggara yang bergiat dengan pelbagai pengolahan kandungan kreatif seperti penerbitan TV dan filem, jualan kandungan syarikat, pengedaran dan pemasaran filem, animasi, pengurusan bakat serta perlesenan dan perdagangan. Ia merupakan sebuah syarikat bertaraf antarabangsa yang telah menghasilkan lebih 5,000 jam isi kandungan hebat untuk pelbagai platform televisyen, pawagam dan digital setiap tahun. Juga, sebagai rumah produksi, Primeworks Studios adalah lambang mutu kreatif disamping pelbagai genre termasuklah hiburan, majalah, dokumentari, sukan, dan program drama. 

@primeworks.film @primeworksfilm @primeworksstudios.film 

BIOGRAFI PENGARAH

Glen Goei adalah seorang graduan dari Universiti Cambridge dalam bidang Sarjana Seni Sejarah dan merupakan seorang pengarah filem dan teater di Singapura. Pada 1998, Goei telah mengarahkan sebuah filem bertajuk Forever Fever, yang dipersembahkan di Festival Sundance sekaligus menjadi penanda aras untuk filem ini untuk tayangan global. Forever Fever telah diedarkan di Amerika dan United Kingdom oleh Miramax yang telah ditandatangani oleh Goei dalam sebuah perjanjian three-picture-deal secara eksklusif dengan mereka. Filem kedua Goei iaitu The Blue Mansion (2009) yang buat pertama kalinya ditayangkan kepada umum di Festival Filem Antarabangsa Busan dan telah memenangi Filem Terbaik dan Anugerah Pengarah Terbaik di SPH Singapura.

Gavin Yap adalah seorang pelakon, penulis, pengarah teater & filem dan juga seorang produser. Filem arahan pertamanya adalah ‘Take Me To Dinner’ yang telah ditayangkan dia pawagam seluruh Malaysia pada tahun 2014. Di atas minat yang mendalam dengan seni filem beliau kembali dengan filem pendek bertajuk ‘The Incredibly Strange Tale Of The Man Who Lost His Love But Bought It Back With A Packet Of Duck Rice’ yang telah tepilih di Anugerah Blencong pada Festival Filem Antarabangsa Jogja-Netpac 2015. Filem pendek ini boleh ditonton di YouTube melalui saluran Doghouse73 Pictures’. Karya terbaru beliau adalah ‘KL24: Zombies’ yang telah disiarkan di YouTube pada tahun 2017 dan telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AC Mizal & Elly Mazlein Hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-32

Siri Kedua Jelajah Suria Karisma Jelajah Suria Di Central I-City Shah Alam