in ,

Makan Ubat Tapi Belum Berkesan, DJ Lin Alami Masalah Kulit Gatal Akibat Alergik

SEBUT sahaja nama DJ Lin, pasti segmen Suria Cinta yang dikendalikannya menerjah fikiran. Hingga kini, DJ Lin terus unggul dengan program itu. Bagaimanapun, DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid ada membuat perkongsian di Instagram mengenai keadaan dirinya yang mengalami masalah kulit gatal akibat alergik.

Menurut DJ Lin, setakat ini dia sudah mengambil ubat-ubatan yang disarankan, tetapi masih belum berkesan. Malah, katanya dia sangat berterima kasih kepada semua pendengar Suria Cinta yang mengambil berat terhadapnya.

“Terima kasih kepada semua pendengar yang mendoakan kesihatan saya. Sokongan kalian membuatkan saya amat terharu kerana ramai yang membantu beri semangat untuk saya terus berikhtiar.

“Banyak mesej dikirim di WhatsApp dan Facebook, begitu juga DM di Instagram daripada pendengar yang sudi membuat perkongsian tips mengatasi masalah alergik kulit yang dialami ini berserta doa-doa mereka,”

– DJ Lin

Menurut pemenang Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ini, dia tidak sangka begitu ramai peminatnya yang prihatin terhadap masalah kesihatan kulit dialami sejak Rabu, minggu lalu.

“Ketika itu, saya nekad selagi berasa kuat dan mampu bertahan, saya akan bersiaran seperti biasa mengendalikan segmen Suria Cinta yang dipertanggungjawabkan. Walaupun kulit gatal-gatal, saya terus bekerja hingga malam Jumaat lalu.

“Rata-rata peminat dan pendengar setia Suria Cinta yang melihat saya tetap bekerja dalam keadaan sakit di ‘Facebook Live’ sangat bersimpati. Demi menghiburkan mereka, saya sanggup lupakan kesakitan yang ditanggung.

“Dari dahulu, saya sudah terbiasa komited pada tanggungjawab kerja. Saya memang utamakan kegembiraan pendengar bagaimanapun, kini saya perlu bercuti seketika dari bekerja untuk mengubati sakit kulit akibat alergik di seluruh badan termasuk muka ini sehingga pulih,”

– DJ Lin

Menurut DJ Lin, sejak beberapa hari lalu, dia mengamalkan minum air kunyit hidup serta minum air kelapa. Ujarnya, apa sahaja petua orang tua-tua yang disarankan dia cuba dan kesannya menunjukkan tanda positif.

“Alhamdulillah, masalah alergik kulit dialami ini ada kurang sedikit dan saya bercadang ke hospital pakar kulit untuk membuat ujian alergik. Ia penting untuk saya ketahui punca sebenar mengalami masalah ini.

“Ramai pendengar dan peminat menyarankan saya untuk buat ujian itu. Apatah lagi, saya suka makan dan jarang menjaga pemakanan. Mana tahu, masalah alergik kulit ini saya alami kerana pemakanan seperti sajian makanan laut,”

– DJ Lin

Ujar ibu tunggal dua anak ini lagi, pada tahun lalu apabila dia berada dalam keadaan kurang sihat dan beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk rawatan pasti peminatnya tidak jemu-jemu mengirim mesej bertanya khabar dan menitip doa semoga segera sembuh.

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Aidil Datang Rumah, Tidur Dengan Anak-Anak,”– Rita Rudaini Dedah Rahsia Lagi

Ashira & Bad Indigo Rancang Nikah Dahulu