in

Makan Malam di Restoran Itali DELUCCA

Sebenarnya tak banyak restoran Itali yang ada di Kuala Lumpur ni. Kalau ada pun boleh bilang dengan jari. Sangat sikit dan jarang-jarang sekali kita jumpa. Korang rasa-rasa la kan, kat mana restoran yang berkonsepkan Itali yang korang pernah singgah? Paling best kat mana?

Ni nak cerita pengalaman Budiey, jalan-jalan cari makan di sekitar ibu kota. Baru-baru ini, Budiey singgah untuk makan malam di salah sebuah restoran Itali yang terletak di Ground Floor, Park Royal Service Suites, Tower C (Office Tower, One Residency, 1 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur. Kalau korang selalu datang tengok show kat No Black Tie, mesti tahu restoran ni kat mana sebab memang dekat je dengan No Black Tie tu. Tapi tak tahu la kalau korang pernah singgah makan-makan kat sini. Sebelum ni, Budiey sebenarnya pernah datang masa pelancaran album Hafiz AF 2 tahun lepas. Oh ya, lupa nak ucap tahniah buat si Hafiz ni sebab menang Lagu Terbaru Malaysia dan Lagu Terbaik APM 2011. Dan kalau tak silap, dulu ada sidang media Akhil Hayy juga buat kat restoran ni.

_Dsc3563

Persepsi pertama tatkala memijakkan kaki di depan pintu Restoran Delucca, Budiey dapat rasakan keselesaan yang bakal dirasakan. Ruangnya luas, nampak selesa. Setting dan dekorasi dalaman nampak klasik dan sangat rileks. Kita boleh rasa seperti makan di rumah sendiri. Warna-warna yang menceriakan ruang membuatkan masa yang diluangkan di sini tak membosankan pengunjung. Yang penting, selesa sangat! Nak makan pun tak rasa nak berserabut kepala fikir pasal kerja. Kalau malam-malam, katanya ada live band jazz kat sini. Tapi masa Budiey datang tu takde lah, cuma ada ditayangkan di layar filem-filem klasik dulu-dulu.

Di dindingnya pula digantungkan dengan lukisan abstrak dan potret memberikan ruang di sini sangat hidup. Seperti dewan balai seni lukis pulak jadinya.

Apatah lagi, lagu-lagu klasik yang dipasang menyambut kedatangan Budiey dengan irama yang sangat nostalgik. Kasual habis! Tambah lagi bila lampu di sini di malapkan sikit untuk nampak kesan soothing. Romantik!

Budiey dapat agak, pasti yang datang makan di restoran ini adalah pelanggan setia yang terdiri daripada pekerja pejabat yang berdekatan lantaran Delucca di kelilingi oleh bangunan-bangunan pejabat. Namun, ia disangkal oleh pemilik restoran ini, Firas Sowiedan. Katanya, tak semesti pekerja-pekerja ofis yang berduet datang makan kat sini, kadang-kadang yang datang ada juga remaja-remaja yang mahu bertukar selera.

Oh ya, sebelum Budiey terlupa, Budiey dijemput sendiri oleh pemilik restoran ini untuk merasai makanan masakan Itali. Terima kasih sebab sudi jemput Budiey makan-makan ya.

_Dsc3571

Sempat berkenalan dengan Firas Sowiedan, orangnya sangat ramah dengan senyum walaupun Budiey agak gerun sebab dia nampak terlalu serius pada mulanya. Menurut beliau, sebelum datang ke Malaysia, beliau pernah menetap selama 10 tahun di UK. Di sana, dia bekerja dalam bidang pengurusan kewangan dan bank. Beliau yang berkacukan Jerman dan Jordan ini begitu minat dengan masakan dan suka menikmati makanan yang sedap-sedap di seluruh dunia.

Img_4794 (E)

Firas Sowiedan

Pernah mengembara ke serata negara seperti Itali, Jerman, Perancis, India termasuk jugalah Malaysia. Hobinya unik, suka menjemput kawan-kawan untuk makan bersama-sama di rumah dan selalu plan untuk buat parti makan-makan. Lalu, Firas diberi tanggungjawab untuk organize party dan events. Dari situ, terdetik di hatinya untuk buka sebuah restoran berkonsepkan Itali di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Masuk tahun ni, dah 4 tahun rupanya Firas tinggal di Malaysia dan beliau berjaya menguruskan restoran Delucca dengan jayanya. Dengan bantuan seramai 12 orang krew dan tukang masak terlatih dan berpengalaman, restoran ini semakin lama mendapat perhatian penggemar masakan Itali. Apa taknya, kalau sedap tu, memang orang akan selalu datang.

Delucca lahir dari jiwa dan cinta mendalam pemiliknya dengan bandar Tuscan di Lucca. Suasana tenang di Delucca memberikan rasa sense of belonging. Menimbulkan mood yang mendamaikan dengan citarasa masakan Itali yang cukup memuaskan.

_Dsc3512

Sementara menanti makanan sampai, Budiey sempat berlegar-legar di segenap ruang Delucca. Suasana malam terasa hidup di restoran ini dengan kunjungan peminat masakan Itali. Menurut Firas, biasanya Sabtu dan Ahad, suasana makin havoc dengan pengunjung yang datang bersama keluarga.

Oh ya, masa mundar mandir tu, Budiey boleh observe dan nampak behind the scene chef restoran ni tengah masak & menyediakan makanan di balik dapur di sebelah kiri restoran.

_Dsc3630

Tak sampai 10 minit, makanan dah sampai! Untuk appetizers, Budiey pilih Nashi Pear, Gorgonzola – yang menggabungkan crumbled Gorgonzolo cheese, watercress, nashi pear, roasted walnut dan honey mustard. Dihidangkan bersama dengan Italian Bread dimasak dengan minyak zaiton asli. Roti Itali ini rasanya tak sama dengan roti biasa, rasa seperti kek pun ada. Starter macam ni buat kita lagi rasa lapar.

Delucca Review

Delucca Review

Starter – Nashi Pear, Gorgonzola

Mmm… memang best. Yang pasti, Bagi Budiey yang tak pernah makan masakan Itali ni, memang dapat rasa kenikmatan masakannya. Sekali sekala lari dari kebiasaan apa salahnya. Asyik makan nasi je kan.

Hidangan kedua sampai. Free-Range Spring Chicken Al Mattone – Rosemary roasted potato, mushroom ragu, panzanella, marsala thyme sauce.

Delucca Review

Ditambah lagi dengan kesedapan pasta Saffron Pappardelle Duck Ragu – Braised duck, oregano, sage dan pecorino. Juga tak ketinggalan Gamberi – yang dimasak dengan tomota, mozzarella, pesto prawns dan arugula leaves. Datang restoran Itali memang tak sah kalau tak jamah Pizza. Kat sini, antara yang menjadi kegemaran ialah Chicken Pizza. Kalau nak tahu kat sini, ada 12 jenis pizza kesemuanya. Pilihlah mana satu yang korang minat.

Delucca Review

Delucca Review

Kepada korang nak rasai pengalaman seperti ini, apa kata korang singgah di Restoran DELUCCA yang terletak di Ground Floor, Park Royal Service Suites, Tower C (Office Tower, One Residency, 1 Jalan Mesui, off Jalan Nagasari, Kuala Lumpur. Restoran ini dibuka setiap hari.

Delucca Review

Delucca Review

Minuman yang makin laris di Delucca. Untuk pelanggan setia Delucca, tak sah kalau tak menikmati minuman soda ini.

Delucca Review

Menu – macam-macam masakan Itali ada kat sini.

Delucca Review

Delucca Review

Delucca Review

Delucca Review

Delucca Review

Dihiasi dengan potret dan lukisan sebagai penceria dekorasi dalaman

Delucca Review

Delucca Review

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Erul Fan Club & Sepetang Bersama Erul AF9

Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin Black Rose