in

Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”

Malam tadi, 4 Mac 2008, Istana Budaya dengan kerjasama Yayasan Seni Karya Prihatin Malaysia telah mengadakan satu sidang media pelancaran Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan”. Biasanya sidang media dibuat di Lambang Sari, tetapi malam tadi Istana Budaya mengubah selera dengan mengadakannya di Laman Puri iaitu di kawasan luar laman Istana Budaya. Teater arahan Erma Fatima ini dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani Hj. Zakaria Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan.

Muzikal ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19-23 Mac 2008, sempena Sambutan Maulidur Rasul.

Apa Yang Menarik?
Teater Muzikal Islam “Sirah Junjungan” adalah merupakan sebuah karya serta arahan Erma Fatima bersempena sambutan Maulidur Rasul 1429H. Ianya memaparkan riwayat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dari saat kelahiran Baginda, perjuangan menegakkan syariat Islam sehinggalah detik wafatnya. Kisah-kisah ini akan dipaparkan melalui persembahan lakonan, penceritaan dan nyanyian diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Saudara Eddie Marzuki. Naskah ini ditulis khas sempena Maulidur Rasul dimana sejarah Rasulullah dari mulai lahirnya baginda hinggalah wafat. Ulama terkenal Indonesia Aagym sebagai pencerita ini akan disulami dengan lagu-lagu selawat dan ketuhanan mengenai baginda Rasulullah.

Turut hadir pada majlis ini ialah barisan pelakon Ahmad Yatim, Datin Norish Karman, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Shahrul Nizam, Mazlan Tahir, Shoffi Jikan, Jessie dan lain-lain serta barisan penyanyi Jamal Abdillah, Tuty dan Kumpulan Al-Fahmy.

[tags]sidang media teater muzikal, sirah junjungan, harga tiket sirah junjungan, eddie marzuki, Ahmad Yatim, Datin Norish Karman, Ellie Suriaty, Azri Iskandar, Shahrul Nizam, Mazlan Tahir, Shoffi Jikan, Jessie dan lain-lain serta barisan penyanyi Jamal Abdillah, Tuty, Kumpulan Al-Fahmy, Aagym[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF

Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mac Sekarang!