in

Majlis Berbuka Puasa Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran KL FM di The Legend Hotel

Pada 9 September lalu, Budiey telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Yatim anjuran bersama KL FM dan The Legend Hotel. Mungkin ada pembaca yang jarang memetik siaran radio KL FM di gelombang 97.2. Untuk pengetahuan, stesen interaktif kota ini merupakan sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran 24 jam sehari dan ianya khusus untuk pendengar sekitar Lembah Klang.

Dah jadi lumrah, bila sampai bulan puasa, memang tidak banyak event atau acara yang dibuat pada siang hari. Budiey banyak sekali menerima jemputan berbuka puasa. Pada hari yang sama, Budiey sebenarnya mendapat jemputan ke majlis berbuka puasa anjuran Noraniza Idris di Hotel De Palma, Ampang. Tapi apa boleh buat, Budiey dapat memilih lokasi yang berdekatan dengan rumah Budiey. Lagi pun jalan ke Ampang memang selalu sesak.

Bersempena bulan Ramadan, stesen ini tidak ketinggalan untuk mengadakan program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan bagi meraikan golongan yang kurang bernasib baik.

Tahun ini, KL FM meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan Hotel The Legend bagi menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas dan Anak-Anak Yatim. Budiey kira ini satu langkan yang bagus untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada warga emas dan anak-anak yatim supaya dapat menikmati suasana berbuka puasa seperti dinikmati orang lain.

Budiey kira seramai 40 orang warga emas dari Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia (MPKSM) Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur telah dijemput khas ke majlis berbuka puasa ini. Sementara itu, penganjur juga turut mengundang seramai 50 orang anak-anak yatim dari Persatuan Ehsan Wanita dan Anak-Anak Yatim PEWANIDA, Jalan Kg Atap, Kuala Lumpur.

Selain menjamu selera dengan juadah berbuka puasa yang ditaja oleh Hotel The Legend, para tetamu yang diraikan telah dihadiahkan dengan duit raya dan goodie bag. Mereka juga telah dihiburkan dengan lawak jenaka mencuit hati dan lagu nyanyian dari Pelawak OS dan penyanyi Syikin.

Santapan berbuka memang sedap. Budiey suka dengan masakan Rendang Tok Daging dan nasi beriani Gam Ayam tu. Memang jadi kegemaran. Selain itu ada sambal udang, beef and chicken satay… wow menyelerakan. Juga ada ayam masak Ros Johor dan Sup Soto Ayam.

Apa yang jelas, Budiey lihat peranan KLFM dan Hotel The Legend, walaupun berbeza namun kedua-duanya mampu bekerjasama dalam menjayakan tanggungjawab sosial terutama kepada golongan masyarakat yang kurang bernasib baik seperti warga emas dan anak-anak yatim.

Syikin, penyanyi dangdut

Pandai betul Os cari mangsa… gigi pun nak sama yek?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GELAGAT PERSIAPAN HARI RAYA DALAM DRAMA ALMOND LONDON

AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK