in , ,

Keluar dari Zon Selesa, Nabila Huda Mahu Jadi Diri Sendiri Semasa Jadi Hos Melodi

Semalam, pada yang menonton program Melodi akan teruja dengan kemunculan pelakon, Nabila Huda pada minit terakhir Melodi sekaligus mengesahkan spekulasi peminat siapakah yang bakal mengemudi program tersebut. Tahniah buat Nabila Huda.

Jadi, bermula minggu hadapan, wajah Nabila akan ditatap oleh peminat program Melodi pada setiap Ahad jam 12 tengahari bagi menggantikan pengacara sebelum ini, Awal Ashaari dan Janna Nick. Nabila Huda telah pun menyiarkan pesanan dan luahan hatinya di Instagramnya dan katanya tak sabar untuk menggalas tugas sebagai pengacara kerana beliau mahu keluar dari zon selesa. 

Nabila Huda menyifatkan tawaran yang diterima merupakan satu penghormatan dan sejarah buat dirinya.

“25 Julai 2021, hari ini dalam sejarah, saya keluar dari zon selesa dalam kerjaya saya.Bermulalah perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi nombor satu di Malaysia,”

“It was an exceptional honor to be part of this team. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku..Syukur Alhamdulillah!”

– Nabila Huda
NABILA HUDA

Dalam pada itu, Abil turut meminta sokongan daripada orang ramai serta memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan apabila menggalas tanggungjawab sebagai hos Melodi kelak.

“This is my debut as a solo host and i hope you guys bagi peluang untuk abil explore my new journey..Abil perlukan sokongan korang sebab since day 1 abil dalam industry ni, you guys been supporting me,criticize me,loving me,hating me and nevertheless you guys are family to me. Apa kelainan yang abil akan buat?

“Nothing much,I’m just being me, your most favourite person, Nabila Huda! Jujur cakap, i’m still new. Kalau ada kekurangan maafkan saya. Please don’t expect me to be better than others, but…expect the unexpected. I might not be the best, but i’ll give you my very best..Let’s enjoy this new journey together Malaysia,”

– Nabila Huda

Meninjau ke ruangan komen dan di media sosial,rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan gembira mengenai tawaran yang diterima Abil. Malah, mereka turut meramalkan program Melodi bakal dipenuhi dengan gelak tawa memandangkan karakter Abil yang terkenal dengan sikapnya yang peramah dan ‘happy go lucky’.

Sebagai info, Nabila akan menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick selepas kontrak kedua-dua pengacara itu ditamatkan lebih awal berikutan pihak Media Prima melakukan rombakan penyiaran pada Ogos.

Selain Melodi, perubahan terbaharu yang bakal dilihat adalah pengacara baharu bagi Nona,Muzik-Muzik serta pengenalan terkini bagi stesen radio Hot FM, Kool FM dan Fly FM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abang Ahmad Fedtri Yahya Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti COVID-19

RIM Puji Penubuhan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM)