in ,

Mahu Bercuti, Ini Yang Perlu Anda Tahu Bila Melancong Dalam Norma Baharu!

Bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depan, Kerajaan telah memberi ‘lampu hijau’ kepada kita semua untuk melancong dalam negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pastinya ia merupakan satu khabar yang sangat menggembirakan kepada si kaki jalan dan semua orang yang pastinya rindu untuk Cuti-Cuti Malaysia! Namun sebelum korang merancang percutian bersama keluarga atau rakan-rakan untuk ke destinasi pelancongan menarik di seluruh negara, pastikan korang tahu beberapa perkara yang melibatkan ‘norma baharu’ dan perlu dipatuhi walaupun ketika korang sedang berseronok melancong ke sana sini.

Ini apa yang korang perlu ketahui mengenai Cuti-Cuti Malaysia dalam norma baharu :-

Mahu Bercuti, Ini Yang Perlu Anda Tahu Bila Melancong Dalam Norma Baharu!

1) RENTAS NEGERI KINI DIBENARKAN 

Seperti ramai yang telah ketahui, perjalanan untuk rentas negeri kini telah dibenarkan atau dalam erti kata lain bolehlah kita melancong domestik tanpa ada sekatan jalan raya, tiada lagi yang kena arahan berpatah balik atau tidak perlu lagi menunjukkan sebarang dokumen daripada pihak berkuasa untuk ke mana-mana.

Namun, satu-satunya tempat yang tak boleh korang lawati adalah kawasan yang diisytiharkan sebagai lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  yang mempunyai lebih daripada 40 kes positif COVID-19 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Lokasi tersebut sahaja yang perlu korang elakkan ya!

Bila melakukan perjalanan rentas negeri mesti ada yang memerlukan persinggahan di kawasan Rehat & Rawat (R&R), jangan risau kerana ia juga telah dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang ditetapkan, malah surau di R&R juga sudah boleh digunakan.

2) MASIH ADA AKTIVITI PELANCONGAN & RIADAH YANG DILARANG

Walaupun aktiviti pelancongan domestik banyak yang telah dibenarkan untuk beroperasi, namun masih ada juga beberapa sektor riadah yang DILARANG seperti :-

– Aktiviti taman tema air dan taman air

– Aktiviti kolam renang

– Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia.

– Aktiviti di pusat karaoke, tempat permainan kanak-kanak di pusat membeli belah dan pusat hiburan keluarga.

– Aktiviti di dalam pub dan kelab malam, kecuali perniagaan restoran di dalam pub dan kelab malam.

– Aktiviti kapal persiaran

– Aktiviti ekopelancongan (hiking, camping, jungle trekking) pada waktu malam atau melibatkan kumpulan besar (lebih dari 10 orang) adalah tidak dibenarkan.

Mahu Bercuti, Ini Yang Perlu Anda Tahu Bila Melancong Dalam Norma Baharu!

3) LOKASI TARIKAN PELANCONGAN BOLEH OPERASI SEMULA

Majoriti destinasi pelancongan di seluruh negara telah dibenarkan untuk dibuka kepada pengunjung.

Ia meliputi penginapan di hotel, lawatan ke muzium, zoo, pusat-pusat pelancongan, bazar, pasar pagi dan malam serta trak makanan.

Namun, semuanya perlu beroperasi dengan SOP ‘norma baharu’ seperti penjarakan sosial, pengambilan suhu badan pengunjung, pemakaian topeng mulut dan hidung, penggunaan cecair pembasmi kuman.

4) MELANCONG KE LUAR NEGARA MASIH DILARANG

Nampaknya luggage besar yang selalu korang guna untuk travel ke luar negara tak perlu dibersihkan lagi habuknya, memandangkan Kerajaan belum lagi buka pintu masuk dan keluar sempadan antarabangsa.

Hanya warganegara Malaysia yang kembali dari luar negara sahaja dibenarkan masuk semula, tetapi perlu menjalani karantina 14 hari di rumah. Sekiranya penumpang diuji positif COVID-19 di lapangan terbang, mereka akan dihantar untuk rawatan segera.

Semua warganegara Malaysia yang baru kembali juga PERLU memuat turun aplikasi MySejahtera untuk pemantauan dan diminta memakai gelang kuarantin untuk pengenalan diri.

Ingat, ini hanya untuk rakyat Malaysia yang baru balik dari luar negara dan ekspatriat sahaja.

Pelancong asing masih dilarang memasuki negara ini dan rakyat Malaysia belum diberi lampu hijau untuk bercuti ke luar negara.

5) JADI PELANCONG YANG PATUH SOP

Walaupun pelbagai kelonggaran telah diberikan, namun sebagai ‘frontliners’ baharu sekaranglah masanya untuk kita membuktikan bahawa kita adalah seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mampu membantu negara dalam memutuskan rangkaian pandemik COVID-19.

Oleh itu, dalam keterujaan melancong dan bercuti tidak kiralah ke tanah tinggi, pulau, hutan, sungai atau tasik — pastikan kita sentiasa mematuhi nasihat yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ini :-

– Elakkan 3S/3C (Sesak, Sempit & Sembang Dekat)


– Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)


– Terus patuh kepada SOP


– Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membantu usaha Kerajaan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia!

SELAMAT CUTI-CUTI MALAYSIA, SEMUA! JAGA DIRI, JAGA KITA! KITA MESTI MENANG!

Sumber: Rileklah!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Serik! Lelaki Kembali Tunjuk ‘Anu’ Depan Kediaman Siti Nurhaliza

Tips Pemakaian Barangan Emas dari Rozita Che Wan, Ini Cara Berhias Cara Che Ta