in

MAHARAJA LAWAK MEGA

Kejayaan program Maharaja Lawak yang lalu ternyata telah mencipta fenomena tersendiri sekaligus berjaya mengangkat martabat bidang komedi dan lawak jenaka ke peringkat yang lebih tinggi. Melihat kepada kejayaan ini, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara iaitu MAHARAJA LAWAK MEGA khas untuk para penonton.

Pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh pengacara AC Mizal ini bakal menyaksikan persaingan sengit di kalangan pelawak-pelawak profesional terhebat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia. Lebih hebat, setiap pelawak yang bertanding mempunyai portfolio seni yang mengagumkan dalam bidang ini. Antaranya termasuklah Imuda, Mat Over, Yassin, Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramli, Didie Alias, Harun Salim Bachik, Abon, Jalil Hamid, Mr Os, Bob Kuman, Sathiya dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TomTom Maps Reach Industry-Leading Coverage of 35 Million Kilometres

The Event di TV2