in ,

Maharaja Lawak Mega 2021 Lebih Berapi dengan Persembahan Lawak 11 Kumpulan

‘AURA BAHARU, LAWAK TERPADU’; Tema Latari Maharaja Lawak Mega 2021 Beri Gambaran Persembahan Lawak 11 Kumpulan Lebih Berapi-api dan Terunggul!

Selepas lebih dari setahun ‘berehat’ kerana memberi laluan kepada sebuah lagi program komedi terbitan Astro Warna, ‘The Masked Singer Malaysia’ bersiaran, bahang “Maharaja Lawak Mega 2021” (MLM 2021) kini mula dirasai! Sebelas (11) kumpulan yang terdiri daripada gandingan duo dan trio pemain komedi tanah air bakal berentap, menggegarkan pentas keramat MLM tahun ini, demi merebut hadiah kemenangan lumayan berbentuk wang tunai RM500,000!

Mengangkat tema ‘Aura Baharu, Lawak Terpadu’, program realiti pertandingan komedi yang dinantikan ramai ini menjanjikan persembahan lawak yang berapi-api, sarat dengan ‘punchline’ yang cukup padu selama sepuluh (10) minggu ia bersiaran secara langsung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) mulai 15 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand. 

Maharaja Lawak Mega 2021 Lebih Berapi Dengan Persembahan Lawak 11 Kumpulan

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Dato’ AC Mizal kekal selesa berada di posisi pengacara. Ini merupakan penampilan kesembilan beliau bertindak sebagai pengemudi utama, seiring dengan usia program MLM yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 2011.

Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM, manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +). 

Untuk produksi tahun ini, beberapa kelainan ditampilkan bagi memberi nafas baharu dan suntikan yang lebih segar kepada keseluruhan latar persembahan MLM 2021. Di antaranya dengan memperkenalkan karakter juri misteri atau Naga Juri, yang juga merupakan salah seorang dari empat (4) orang lagi Juri Tetap.

Simboliknya Naga diangkat sebagai karakter pilihan oleh kerana ia merupakan elemen atau watak yang melatari program Maharaja Lawak Mega sejak dari hari pertama diperkenalkan. 

Meneruskan tradisi pengenalan barisan juri MLM seperti musim-musim terdahulunya, keempat-empat Juri Tetap hanya akan diumumkan secara eksklusif pada siaran langsung minggu pertama MLM 2021 kelak, yang mana tirai rasmi akan dibuka pada Jumaat, 15 Oktober 2021. Hebatnya lagi, 4 orang Juri Tetap ini hadir dari berlainan latar belakang profesional, berpengalaman luas dalam industri seni negara yang semestinya mampu menarik perhatian dan tampil dengan penuh kejutan! Manakala watak Naga Juri hanya akan didedahkan secara rasminya di pentas akhir MLM 2021 kelak.

Figura di belakang karakter Naga Juri ini juga bukan calang-calang orangnya. Siapakah beliau? Sama-sama kita nantikan sehingga MLM 2021 melabuhkan tirainya pada 17 Disember 2021 nanti. 

SENARAI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2021 

  1. KUMPULAN BORO: : Achey, Atu & Fad
  2. KUMPULAN PUTEH: : Mamak, Vicha & Ali
  3. KUMPULAN 3OTAK: : Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel
  4. KUMPULAN R&R: : : Man & Rahim
  5. KUMPULAN TOBAT: : Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie
  6. KUMPULAN OTAI: : Azlee, Ieda Moin & Acong
  7. KUMPULAN ORIX: : Achok, Yassin & Abu Mamu
  8. KUMPULAN CAWAN: : Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak
  9. KUMPULAN TIRO: : Sharif (Botak), Syaiful (Melati) & Danial Zaini
  10. KUMPULAN BAHYE: : Zahid, Nizam Jentik Jentik & Shashic
  11. KUMPULAN TAICI: Chiwan, Tapai & Ilham 

KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO WARNA, NORZEHA MOHD SALLEH 

Gabungan yang amat tidak disangkakan sekali, cukup unik dan keserasian yang akan mereka cetuskan sudah pasti membuatkan anda hilang kata-kata! Sebagai contoh boleh kiranya saya kongsikan di sini di antara gandingan yang saya maksudkan adalah seperti trio adik beradik, ZERO tidak lagi berada bersama dalam sebuah kumpulan. Untuk mencetuskan kelainan dan mewujudkan elemen ‘chemistry’ dengan kumpulan lain, buat julung kalinya, Atu telah menyahut cabaran untuk bersama dengan bekas Juara MLM 2016, kumpulan Bocey. Begitu juga dengan kumpulan Puteh, mantan Juara MLM edisi 2019, di mana kini mereka mengalu-alukan kehadiran Vicha. 

Kami juga begitu teruja apabila dua pemain komedi veteran yang dihormati ramai, khususnya di kalangan pelawak baharu, Azlee dan Yassin dari kumpulan ‘legendary’ Senario bersetuju untuk beraksi di pentas MLM musim ini. Namun begitu, mereka bersama kumpulan yang berlainan; Azlee bersama Ieda Moin dan Acong (Kumpulan Otai) manakala Yassin bersama Achok dan Abu Mamu dalam Kumpulan Orix. Sejujurnya, kami begitu teruja dan merasakan kolaborasi ‘cross-group’ di antara para peserta MLM ini adalah pendekatan yang cukup berani, dan mampu mencetuskan semangat keharmonian, yang mana secara tidak langsung turut membantu mengukuhkan ikatan setia kawan sesama mereka, serta memberi contoh ‘healthy competition’ yang baik.” 

Kelainan lain yang ditampilkan untuk musim ini adalah apabila produksi MLM 2021 dengan sebulat suara bersetuju untuk menambah lebih banyak persembahan mingguan bersama artis jemputan berbanding dengan musim-musim terdahulu yang mana elemen istimewa ini ditampilkan hanya sekali pada setiap musim. Melihat kepada sambutan yang diberikan penonton untuk episod persembahan bersama artis jemputan, kini peserta boleh beraksi bersama artis jemputan mereka yang terdiri daripada penyanyi / pelakon / pendakwah / pakar motivasi / pempengaruh digital / atlet sukan atau figura profesional untuk tugasan yang ditetapkan pada minggu-minggu berkenaan. 

Untuk musim ini juga, MLM 2021 memperkenalkan ‘Anugerah Lawak Pedas’, pengiktirafan mingguan kepada kumpulan terbaik pada minggu tersebut. Kemenangan ini ditentukan oleh kelima-lima Juri Tetap bersandarkan kepada persembahan setiap kumpulan. Pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 dan hamper barangan Adabi bernilai RM500. 

Dalam pada negara masih lagi mengharungi pandemik COVID-19, Astro sebagai salah satu pemain industri kreatif utama negara terus komited dalam membawakan sajian hiburan terhebat buat penonton. Justeru, kami menyambut baik pengumuman terkini fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan lebih banyak sektor ekonomi kembali beroperasi termasuklah dengan membenarkan industri kreatif kembali beraksi berkuatkuasa 1 Oktober lalu. 

Merupakan musimnya yang ke-9, MLM kali ini akan menampilkan sebelas (11) kumpulan yang mana gandingan setiap kumpulan sudah pasti akan memberikan anda satu kejutan yang sangat besar! 

Format pemarkahan MLM 2021 kekal – 70% jumlah pemarkahan akan diberikan oleh barisan Juri Tetap manakala 30% daripada undian penonton adalah menerusi platform digital, www.gempak.com/maharajalawakmega atau imbas kod QR di skrin televisyen masing-masing sambil menerokai Dunia AR (Augmented Reality) MLM 2021. Menerusi pengambaraan Dunia AR ini, anda dapat menonton video-video menarik MLM 2021 dan mendapatkan petunjuk atau ‘clue’ siapakah di sebalik karakter juri misteri atau Naga Juri. Di minggu terakhir, penonton yang menjawab dengan betul akan menerima hadiah istimewa MLM 2021. 

SINAR tampil sebagai Radio Rasmi dan GEGAR sebagai Rakan Radio bagi musim terbaharu MLM 2021 ini. Gempak, Zon Lawak dan Ria X hadir sebagai Rakan Digital. Manakala, OPPO, jenama peneraju peranti pintar global terkemuka dan KFC ‘Sedap Hingga Menjilat Jari’ merupakan Penaja Utama bagi MLM 2021, serta Adabi dan Hotlink hadir sebagai Penaja Bersama. 

Hotlink berdedikasi membawakan hiburan tempatan terhebat tanpa henti-henti buat warga maya dengan menguasakan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) bersama Astro! Jom, sama-sama layan Maharaja Lawak Mega: #BikinSampaiJadi Ngan’ Pak Pandit, sebuah program istimewa yang bersiaran secara langsung sebelum tirai pentas utama #MLM2021 dibuka. Kami menjanjikan anda hiburan terkini lagi mantap yang sudah pasti membuatkan anda tidak kering gusi, eksklusif dibawakan oleh Hotlink

Dapatkan analisis lawak padu, buletin gelak terawal dan temubual bersama peserta MLM2021 yang akan dikendalikan oleh gandingan hos sensasi tanah air, Nabil Ahmad & Amir Raja Lawak. #BikinSampaiJadi, impian dalam komedi! Jangan lepaskan peluang menontonnya pada setiap hari Jumaat, mulai 5 November ini, jam 8.00 malam di platform Facebook Hotlink dan Astro Gempak. Untuk maklumat lanjut dan kandungan eksklusif #BikinSampaiJadi serta pelbagai sajian 

kejutan Maharaja Lawak Mega: #BikinSampaiJadi Ngan’ Pak Pandit, layari laman sesawang rasmi Hotlink di www.hotlink.com.my. #BikinSampaiJadi apa jua impian anda dengan Prabayar Hotlink. Internet dan panggilan Tanpa Had atau 365 hari tempoh sah. Bikin sampai jadi, ikut cara anda! 

HADIAH KEMENANGAN MAHARAJA LAWAK MEGA 2021 

Juara : RM 500,000 dan sebuah trofi 

Naib Juara : RM 250,000 dan sebuah trofi 

Tempat Ketiga : RM 150,000 dan sebuah trofi 

Tempat Keempat : RM 50,000 dan sebuah trofi 

Tempat Kelima : RM 15,000 dan sebuah trofi 

MAHARAJA LAWAK MEGA 2021 

#MaharajaLawakMega201 

PENAJA UTAMA: OPPO 

OPPO adalah jenama peneraju peranti pintar global terkemuka. Sejak melancarkan telefon pintar pertamanya – “Smiley Face” pada tahun 2008, OPPO sentiasa mengejar untuk memberikan kepuasan estetika dan teknologi inovatif tanpa henti. Hari ini, OPPO memberikan pengguna pelbagai pilihan telefon pintar yang diterajui oleh siri Find dan siri Reno, system operasi ColorOS, serta perkhidmatan internet seperti OPPO Cloud dan OPPO+. OPPO beroperasi di lebih 40 buah negara dan rantau dengan 6 institusi penyelidikan dan 4 pusat R&D seluruh dunia serta pusat rekabentuk antarabangsa yang terletak di London. OPPO mempunyai lebih dari 40,000 orang pekerja yang berdedikasi dalam mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada para pengguna di seluruh dunia. 

PENAJA UTAMA: KFC 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) QSR Brands merupakan operator francais kepada lebih 850 restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja. Ia juga merupakan pemilik francais kepada lebih 480 konsep restoran dan penghantaran Pizza Hut di Malaysia dan Singapura. Selain operasi restoran, ia juga terlibat dalam pembiakan baka ayam, perladangan ayam kontrak, penetasan telur ayam, pengeluaran dan pemprosesan daging ayam serta perniagaan sampingan seperti pemprosesan roti, commissary dan pembuatan sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan tunggal dan pertama yang bersepadu sepenuhnya di Malaysia. QSR dan semua subsidiarinya memberi jaminan pematuhan halal penuh kepada semua para pelanggannya. Setiap aspek pembuatan makanan adalah mengikut kawalan yang ketat dan hanya menerima sijil-sijil yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta mematuhi MS1500:2009. 

Page5Image38145216.Png

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizo Omar | 23

Mawar Karim Dedah Fizo Omar Kini Serius Mengenali Wanita, Bakal Nikah 21 Oktober Ini?

Kamal Adli 1 | 24

Kamal Adli & Uqasha Senrose Bakal Nikah Minggu Ini?