in

Mael XPDC Pukul Anak Masuk Lokap

Penyanyi rotan anak masuk lokap

TANGKAK: Akibat merotan dan memukul anak perempuannya atas alasan mengajar kerana berang apabila remaja itu enggan bersalam dengannya, bekas vokalis kumpulan rock yang popular pada 1990-an ditahan reman empat hari mulai Jumaat lalu.

4617414680 D61D08C23F O | 4

BEKAS penyanyi kumpulan rock XPDC, Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim (kanan) dibawa ke mahkamah bagi menghadapi tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap anak perempuannya di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, 17 Mei. – Utusan

Dalam kejadian di rumah isterinya di Tanjung Agas di sini, Isnin minggu lalu, penyanyi itu datang melawat anaknya yang tinggal bersama isteri selepas pasangan itu tinggal berasingan berikutan masalah rumah tangga.

Bagaimanapun, hasrat penyanyi berkenaan bertemu anaknya menjadi pengalaman buruk apabila berlaku pertengkaran sebelum penyanyi kumpulan rock itu memukul anaknya.

Sementara itu, remaja berusia 16 tahun berkenaan yang mendakwa ‘ajaran’ oleh bapanya terlalu kasar, memberitahu ibu sebelum mereka membuat laporan polis.

Menurut sumber, hasil laporan itu, sepasukan polis menahan penyanyi rock berkenaan di rumahnya di Jalan Lama, Muar, kira-kira jam 2 pagi Jumaat lalu.

“Suspek direman empat hari hingga esok bagi membantu siasatan kes memukul remaja terbabit.

“Kes di siasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000,” katanya.

Difahamkan, selepas membuat laporan polis, mangsa ditemani ibunya ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan kesan dirotan serta pukul selain mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, kecederaannya tidak serius dan remaja itu dirawat sebagai pesakit luar.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan penyanyi rock terbabit dan kini menunggu arahan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sebelum tindakan lanjut termasuk kemungkinan mendakwa penyanyi itu. [Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rentak Juara Suku Akhir 3: Superfriends Lahir 4 Pemuzik Terbaik

Gossip: Penyanyi Diva Yang Suka Mengejek Penyanyi Lain