in ,

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang M for Malaysia

Filem M for Malaysia adalah sebuah dokumentari yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk memperingati kekuatan dan ketabahan warga Malaysia.

Pilihan Raya Umum Ke-14 telah terungkap dalam fikiran kita sebagai hari yang bersejarah di Malaysia. M for Malaysia menceritakan tentang pembentukan yang tidak dijangka oleh pihak pembangkang terdahulu dengan kemenangan yang julung kalinya dikecapi oleh mereka. Penonton diberikan akses secara eksklusif kepada peristiwa bersejarah itu. Ia menekankan pembentukan demokrasi yang tulen, di mana kuasa diletakkan kembali dengan sepenuhnya kepada rakyat yang diketuai oleh seorang lelaki berusia 93 tahun yang akan bergelar Perdana Menteri buat kali kedua.

Poster_Mformalaysia

Dengan tayangan dijadualkan untuk 4 hari di 37 pawagam seluruh negara, rakyat Malaysia boleh mengimbas kembali detik-detik mendebarkan apabila kerajaan yang mentadbir negara selama 61 tahun digulingkan oleh 82.32% jumlah pengundi.

Dokumentari ini telah menerima sambutan yang menggalakkan di pelbagai lokasi antarabangsa selepas tayangan perdananya di CAAMFest In SAN Francisco, DocEdge di New Zealand dan Oktober ini di Festival Filem Antarabangsa Busan iaitu festival filem terbesar di Asia.

Tun _ Tun Siti Looking Worried

Diarahkan dan diterbitkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille, bersama Marina Mahathir selaku Penerbit Eksekutif dan Ruby Yang sebagai Penerbit Kreatif, “M for Malaysia” meraikan kejayaan rakyat Malaysia mengatasi dan menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Rakaman yang belum pernah dilihat dalam “M for Malaysia”ditambah lagi nilainya dengan skor asal yang dramatik oleh komposer yang berpangkalan di Los Angeles, Rendra Zawawi dan lagu runut asal bertajuk ‘Bermula Kita’ menampilkan Yuna selaku penyanyi utama.

Rally With Ph Flag

Filem ini dihasilkan oleh rakyat Malaysia untuk memperingati kekuatan dan ketabahan warga Malaysia.

Penjualan tiket di pawagam bermula pada 9 September. Untuk maklumat lanjut tentang M for Malaysia, layari: mformalaysia.com 

Sinopsis M FOR MALAYSIA

M for Malaysia allows viewers unprecedented access to the election campaign leading to the victory of a coalition party forged between former rivals. 

Tun Dr. Mahathir’s decision to return to politics at the age of 92 and reconcile with Dato’ Seri Anwar Ibrahim and Lim Kit Siang inspired Malaysians to take action. As a consequence, May 9th 2018 saw a voter turnout of 83.32% to rewrite Malaysia’s future.

This feature documentary showcases how Malaysians acted to maintain their democracy, a reminder that power resides with the people. This is a story of hope, unity and reconciliation, by Malaysians for Malaysia.

Group Photo - Dian Lee, Ineza Roussille, Marina Mahathir, Ruby Yang, Rendra Zawawi
Marina Mahathir (Executive Producer)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Dialek Sarawak, RAJA SUNGEI dan MI KOLOK Khas Hari Malaysia

Aaron Aziz | 22

Tuah Watak Lelaki Lembut, Aaron Aziz Juara All Stars Buka Panggung