in , , ,

Luqman Hafiz & Sasqia Dahuri Dalam Drama Adaptasi Novel CINTA UNTUK RAF

Berita baik pastinya buat anda yang pernah membaca novel bertajuk “Cinta Untuk Raf” karya Rabihah Nur Ridhuan kerana versi adaptasi drama bersiri kisah ini akan ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Bakal mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 15 Februari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang, drama arahan Zek Zukry, terbitan Open Echo Communications ini menampilkan gandingan pelakon utama Luqman Hafidz, dan Sasqia Dahuri yang menghidupakan watak Raf dan Dr. Orked.

Sepanjang 26 episod siarannya, drama ini turut menampilkan lakonan mantap Tash Yong, Badrul Muhayat, Dilla Ahmad, Mustaqim Bahadon, Tina Rasid, Zarynn Min, Idris Md Diah, Ema Akma, Melissa Campbell, Kristina Vinokree, Dayana Jasmin, dan Shakira Stephen.

Kisahnya berlegar tentang manisnya cinta apabila ia diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Impian yang dipendam selama dua tahun oleh Orked dan Raf akhirnya tercapai jua. Raf anak tunggal yang suka dipujuk bukannya memujuk membuatkan Orked jadi keliru sendiri. Walau bagaimanapun, cinta Orked tetap kukuh buat Raf.

Luqman Hafidz, dan Sasqia Dahuri... pelakon utama Cinta Untuk Raf

Namun sayangnya manisnya cinta mereka menemui penamatnya apabila kemunculan skandal di antara bapa Raf iaitu Encik Rahman dan Tasya. Skandal itu menjadi titik permulaan kepada keruntuhan rumah tangganya kerana Tasya rupa-rupanya adalah Humaira, adik Orked yang dicarinya selama ini.

Raf dipaksa oleh ibunya, Puan Aqilah supaya menceraikan Orked apabila ibunya mengetahui pertalian di antara Tasya dengan Orked. Raf tidak mampu memilih. Orked pula tersepit. 

Pelakon Cinta Untuk Raf

Tambahan pula Tasya menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID) iaitu kecelaruan identiti. Kerana hati yang luka, Raf terpaksa melepaskan cintanya pergi. Adakah Raf dan Orked mampu untuk menerima takdir yang ditentukan buat mereka?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

drama Cinta Untuk Raf

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rakyat Mula Tidak Puas Hati, Kenapa Menteri Kuarantin Cuma 3 Hari

Sajian Filem Terhebat Sepanjang Musim Perayaan Tahun Baru Cina Ini