in ,

Video Seks Bersama Ariel Noah Kembali Tersebar, Luna Maya Kunci Mulut

Akhir-akhir ini, ramai sekali yang buat carian tentang topik di atas dan Budiey lihat, carian tersebut menjadikan blog budiey.com antara yang disinggahi oleh pelayar internet. 

Baru-baru ini, ketika Luna Maya hadir di majlis tayangan perdana filem Sabrina di GSC 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, para media tak melepaskan peluang untuk bertanyakan tentang isu video seks yang kembali tular tersebut.

Luna Maya

Kunci Mulut Adalah Jalan Terbaik

Pelakon Indonesia, Luna Maya memilih untuk mengunci mulut apabila video seks mirip dia dan penyanyi Ariel Noah kembali tular sejak Ogos lalu. Luna enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Saya tidak mahu komen. Jika saya beri kenyataan, nanti perkara itu akan diungkit-ungkit lagi.”

Ditanya adakah dia tertekan apabila kisah lampaunya kembali menjadi bualan hangat netizen, Luna hanya menguntum senyuman dan menutup mulut.

Kini, setelah lapan tahun berlalu, kontroversi video porno itu dikatakana bakal dibicarakan kembali oleh pihak pengadilan di Indonesia. Menurut sumber, proses awal perbicaraan itu bakal dilakukan memandangkan kes tersebut telah tergantung selama lapan tahun tanpa selesai dibicarakan.

Laporan Dari Indonesia

Sementara itu, menerusi laporan sebuah portal Indonesia, Bangkapos.com, Luna menganggap apa yang berlaku dalam hidupnya adalah kisah lalu dan dia kini berusaha untuk melupakan serta menjalani apa yang ada di depannya.

“Saya sudah tidak peduli cerita lama. Saya mahu teruskan hidup. Kalau ada yang mahu membantu, Alhamdulillh. Kalau tiada saya okay saja,”

Seperti yang diketahui ramai, nama Luna Maya pernah ‘panas’ apabila video seks dengan bekas penyanyi Peter Pan itu tersebar luas pada 2010.

Ketika itu, Luna dan Ariel sama-sama menafikan mereka terbabit dalam skandal video seks itu.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Luqman Faiz Tujuh kali Ulang Rakaman Demi KEPURAANMU

Penyanyi Saleem Meninggal Dunia