in

Luna Maya Dalam Drama Sujudku

SUJUDKU : SINETRON INDONESIA MENGISI SLOT SUTERA @ 2  MULAI 15 JULAI 2009 DI TV2

Sinetron Indonesia, Sujudku yang mengisi slot Sutera @ 2 mulai 15 Julai 2009, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang di TV2 menampilkan gandingan pelakon hebat Indonesia, Luna Maya sebagai Annissa dan Fachry Albar sebagai Alif di samping Nuri Maulida sebagai Gita dan Nena Rosier sebagai Fatimah menerusi 55 episod siarannya.

Sujudku yang tampil dengan konflik kekeluargaan dan percintaan ini mengisahkan Alif, pemuda tampan yang berpegang prinsip bahawa kata-kata yang keluar dari mulut ibu tirinya, Safira adalah perintah yang harus dijalankan. Semenjak Anwar, ayahnya yang juga ahli perniagaan berjaya meninggal dunia, Alif tak lagi percaya terhadap agama. Bukan itu saja, dia amat mendendami perempuan yang telah membunuh ayahnya dikenali Fatimah.
 
Alif mula dewasa dan sangat disayangi oleh neneknya dan dia memiliki adik tiri bernama Hafiz yang sangat malas dan bodoh. Pada masa sama, ibu tirinya mengambil alih urusan perniagaan milik keluarganya. Tanpa disedari Alif, ibu tirinya itu jenis perempuan licik dan jahat. Dia cuba mengawal kehidupan Alif dan selalu bersandiwara seolah-olah dia adalah ibu terbaik di dunia. Hinggakan di mata Alif, Safira memang ibu terbaik di dunia.

Semua sandiwara itu berjalan lancar apabila dia menggunakan kesempatan yang ada daripada seluruh kepercayaan Alif untuk memastikan semua harta akan jatuh ke tangannya dan anak tunggalnya, Hafiz. Apatahlagi setelah mengetahui segala harta itu bakal diwarisi kepada Alif dan bakal isterinya kelak.

Justeru Safira berusaha keras untuk memilihkan siapa perempuan yang akan menikah dengan ALIF kelak. Akhirnya ia menjodohkan Alif dengan seorang gadis bayaran bernama Tania. Tania dibayar Safira untuk merayu dan mendekati Alif. Jika benar Alif mahu menikahi Tania, maka Safira akan berkuasa untuk seluruh perusahaan mereka. Usaha jahat Safira dilakukan bersama Soni, adik kandungnya yang gagap dan sama jahatnya dengan Safira. Alif bersahabat baik dengan Yusuf, dimana arwah ayahnya pernah menjadi kepercayaan arwah ayahnya dulu. Setelah dewasa, Yusuf bekerja sebagai anak buah Alif.

3720917218 Ced1F31Dd4 | 4

Sementara itu di tempat lain ada seorang gadis cantik, sederhana dan pintar bernama Anissa, anak kandung dari Fatimah, wanita yang telah membunuh ayah Alif. Sebenarnya Fatimah tidak bersalah kerana ia membunuh Anwar untuk membela dan mempertahankan harga dirinya. Anissa dibela oleh mak ciknya, Ayuni dan Ustaz Omar, suaminya dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang kuat. Anissa sama sekali tidak tahu tentang rahsia besar ini kerana dia menganggap kedua mereka adalah ibu bapa kandungnya. Sedangkan ibunya. Fatimah merengkok di penjara.

Setelah kematian Ustaz Omar, Anissa pulang semula ke tanah air tanpa sempat menamatkan pengajiannya atas rasa tanggungjawab untuk mengambil alih menguruskan rumah kebajikan untuk orang miskin dan anak-anak jalanan yang diuruskan ayahnya itu. Di situlah pertemuan antara Anissa dan Alif terjadi apabila satu hari Alif bersama pekerja-pekerjanya bertindak mahu meruntuhkan rumah kebajikan Anissa yang tanahnya telah dijual kepada syarikat miliki Alif.

Mereka jatuh cinta pandang pertama tanpa mengetahui latar belakang masing-masing serta dendam yang berakar umbi di hati Alif terhadap ibu kandung Anissa yang telah membunuh ayahnya. Situasi itu menimbulkan kemarahan Safira yang mahu menjodohkan Alif dengan wanita pilihannya dalam masa sama menjalankan niat jahatnya membolot harta arwah suaminya.

Ketika Ayuni jatuh sakit, Anissa berjanji tidak mahu menemui Alif kerana percaya ibunya tidak menyukai Alif sebagai pilihan hatinya. Mereka masing-masing kecewa hingga Safira mengaturkan rancangan supaya Alif segera menikahi Tania. Namun pada hari berlangsungnya majlis pernikahan, Anissa muncul di hadapan Alif.

Dapatkah cinta Alif dan Anissa bersatu? Lalu bagaimana pula penerimaan Alif bila mengetahui gadis yang amat dicintainya anak kepada wanita yang begitu didendami kerana membunuh ayahnya? Apakah pula rancangan jahat Safira mahu menghancurkan hubungan itu? Adakah Alif sedar ibu tirinya adalah musuh dalam selimutnya selama ini?

Untuk mengetahui kesudahan drama penuh konflik ini, usah ketinggalan menyaksikan Sujudku mengisi slot Sutera @ 2 mulai 15 Julai 2009, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3.00 petang di TV2.

3720917328 C2B36C4372 O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Puteri Aurora Beradu

Drama iCarly di TV2