in , , ,

Lucu Baca Komen di Youtube, Netizen Terjemah DIMATAMU di AJL33

Pagi ni, Budiey luangkan masa untuk baca beberapa komen dari pelayar Youtube Budiey Channel yang ditulis di video rakaman persembahan Sufian Suhaimi di Anugerah Juara Lagu 33. Ada yang lucu pun ada. Ada yang over react pun ada.

Persembahan di Anugerah Juara Lagu zaman ini sangat berbeza dengan AJL 10 tahun lalu. Sekarang zaman dah moden. Seiring dengan kemajuan, finalis perlu menggunakan segala teknologi yang ada. Sesuai dengan kata ketua juri yang mahu mencari lagu yang mempunyai kekuatan dari segi inovasi muzik yang berlainan dari sebelum ini.

Setiap persembahan perlu ada tema atau penceritaan yang seiring dengan mesej yang ingin disampaikan dalam lagu. Jadi, nak tak nak, finalis perlu menggunakan satu formula bagaimana untuk menjadikan persembahan mereka diterima dan tidak membosankan. Kena cari daya penarik yang membuatkan orang mengingati persembahan itu sampai bila-bila. Di Youtube pula, orang akan duk ulang tayang sehingga menjadi trending.

Tak kurang ada penonton yang menulis senarai impak dari pementasan DIMATAMU. Budiey petik dari pendapat dari mata kasar seorang pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat.

IMPAK DARI PEMENTASAN PERSEMBAHAN DIMATAMU:-

1. Intro ala syair tu sampai sekarang meremang bila dengar

2. Lampu chandelier besar slowly pusing kelihatan sangat dramatik 3. Momen masa “BUANG SEGALA TENTANG KU! “ Zaaassss! Kain jatuh simbolik pelamin pulak belakang. Pelamin pulak faded hilang satu persatu tinggal kerusi.

4. Sufian duduk berseorangan di kerusi, buka spec. Momen paling Deep!

ADA ELEMEN PENTING DALAM PERSEMBAHAN DIMATAMU:

1. Chandelier: Menunjukkan kekayaan dan kemewahan duniawi yang hadir seketika. 

2. Kain putih: Kekayaan tidak boleh dibawa ke kuburan.

3. Pelamin: menunjukkan bahawa kehidupan itu perlu dirai/diteruskan walaupun disakiti. 

Tapi ending tak boleh blaah.. Kertas duit berterbangan! Tahniah bruh!

Ada pengkomen mentafsirkan gambar visual bunga-bunga putih yang melatari pentas itu telah berkecaian seperti efek dari filem Avengers ketika mana diserang oleh Thanos. Bunga itu berkecai nampak seperti wang kertas yang berterbangan.

Ada yang menganggap pementasan prop dan juga pelamin itu semua adalah sinikal tajam. Lebih teruk apabila ada yang menyarankan supaya meletakkan mesin ATM di pentas. Motif??? Tak sesualah!

Sufian Sindir Elfira? Ini Komen Beliau

Apa pun anggapan atau tafsiran orang ramai, Sufian Suhaimi menegaskan persembahan tersebut tidak ada kena mengena dengan kisah percintaannya dengan Elfira. Malah, dia tidak menyebut langsung nama Elfira. Sufian turut mengatakan, jika sekiranya tidak wujud kisah percintaan dalam hidupnya pun, lagu tersebut memang akan dipersembahkan sebegitu rupa. Ini kerana lagu itu menceritakan tentang kesedihan dan hati yang dilukai, hati yang dah hancur kerana ditinggalkan kekasih yang memilih orang lain sebagai pasangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hatta Dolmat | 16

Hatta Dolmat Dedah Senang Bekerja Dengan Sufian Suhaimi

“Pelamin & Prop Persembahan DIMATAMU Adalah Kebetulan” – Sufian