in , ,

Loop Music Festival Himpun Artis Ternama Perform di Axiata Arena Bukit Jalil

LOOP MUSIC FEST dikuasakan oleh AirAsia dan Tune Group membawakan barisan penyanyi ternama menghiburkan peminat dengan pentas mega berskala besar!

Loop Music Festival adalah sebuah acara yang meraikan perjalanan muzik yang berulang-ulang, melewati masa dan zaman. Bakal menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama para pendominasi carta-carta muzik tempatan. 

Pada 11 Mei 2024, Axiata Arena Bukit Jalil akan diserikan dengan kepelbagaian genre muzik yang menakjubkan. Dari nuansa mendalam pop, balada yang menyentuh jiwa, getaran hebat rock, irama Malaysia yang memperkaya warisan, kreativiti yang merdeka dari genre indie, dan sehinggalah sentuhan alunan dangdut yang mengasyikkan peminat muzik yang hadir.

Loop Music Festival Himpun Artis Ternama Perform di Axiata Arena

Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal mengisi perjalanan LOOP MUSIC FESTIVAL ialah Datuk Sri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi.

Tidak ketinggalan Aisha Retno, Ronnie Hussein, Nadeera Zaini, Usop, Lucidrari, Disko Santan (Codogg & Awyn) dan Arish Mikael. 

LOOP MUSIC FEST yang dibawakan secara eksklusif oleh RJ Sales Sdn. Bhd akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga 11:30 malam. Penganjuran acara ini pastinya akan menjadi titik tumpuan bagi peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu acara yang epik.

Penerbit LOOP MUSIC FEST Rosix Omar berkata, fenomena penganjuran festival muzik kini menjadi satu trend yang semakin berkembang dan digemari. 

Menurutnya, adalah amat penting untuk merancang festival ini dengan teliti bagi memastikan kelangsungannya dalam jangka masa panjang.

“Kami begitu teliti dalam pemilihan artis, kerana barisan artis yang dipilih adalah berdasarkan tema dan konsep LOOP MUSIC FESTIVAL itu sendiri. Bukan sahaja mewakili era dan genre masing-masing, malah mereka ini juga barisan artis yang mendominsi carta muzik tanah air. Tidak boleh dinafikan barisan artis yang ditampilkan memiliki aura dan pengaruh yang kuat dan memberi impak yang berkekalan sehingga kini,” katanya.

Loop Music Festival Himpun Artis Ternama Perform di Axiata Arena

Tambah Rosix Omar lagi, LOOP MUSIC FESTIVAL bukan sekadar festival muzik ‘indoor’ biasa, tetapi sebuah peristiwa yang akan mengumpulkan lebih dari 11,000 peminat muzik tempatan dalam satu tempat. 

“Dengan antusiasme yang tinggi, saya percaya bahawa acara ini akan menjadi penanda aras untuk komuniti muzik tempatan serta menjadi platform yang unggul untuk memperkenalkan bakat-bakat baru dan menonjolkan kepelbagaian genre muzik.”

Kami berusaha untuk menyajikan persembahan dan pengalaman muzik yang terbaik untuk penonton yang hadir dengan menyatukan artis-artis hebat diatas satu pentas.  

“Dengan kehadiran barisan artis yang mengagumkan dan durasi persembahan yang telah diatur, pihak penganjur yakin bahawa nilai tiket sungguh berbaloi. Tambah lagi, festival ini bakal diadakan di lokasi yang memberikan keselesaan kepada mereka yang hadir,” katanya.

Loop Music Festival Himpun Artis Ternama Perform di Axiata Arena

LOOP MUSIC FEST dikuasakan oleh AirAsia dan Tune Group.

AirAsia akan mengadakan karnival di perkarangan Axiata sepanjang hari konsert diadakan. Pengunjung dapat berhibur disamping memenangi tiket – tiket penerbangan ke destinasi terpilih dan hadiah-hadiah lain dari syarikat – syarikat dibawah AirAsia dan Tune Group melalui pertandingan dan cabutan bertuah di Loop Music Festival.

Tiket-tiket berharga RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone),                         RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone) telah dijual di ticket2u.com.  

Loop Music Festival Himpun Artis Ternama Perform di Axiata Arena

INFO LOOP MUSIC FESTIVAL 

Tarikh : 11 Mei 2024

Masa : 2 petang – 11.30 malam 

Lokasi : Axiata Arena, Bukit Jalil

Tiket : ticket2u.com

Harga tiket :

RM168 (Black Zone), RM178 (White Zone), RM258 (Fly Zone), RM278 (Red Zone) dan RM478 (Tune Zone)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

New Boyz Umum Konsert New Boyz 25Th Anniversary Live In Kuala Lumpur

26 Selebriti Pilihan Rizman Ruzaini Mewakili 100 Rekaan Koleksi Raya RR