in , ,

Lagu LOCKDOWN RELATIONSHIP Naim Daniel Duet Dengan Daiyan Trisha Buat Ramai Sedih

Lagu bertajuk ‘L.D.R’ (Lockdown Relationship) ini benar-benar buat ramai tersentuh hati.

Penyanyi muda, Naim Daniel adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Menerusi lagu ‘Sumpah’, nama penyanyi ini sudah pun menjadi sebutan ramai peminat. Jika anda mengikuti perkembangan penyanyi ini di laman Instagram, sudah pasti anda dapat melihat ada sahaja lagu dan juga parodi yang dikongsikan oleh Naim sepanjang PKP dilaksanakan.

Namun apa yang mencuri perhatian adalah lagu yang dinyanyikan bersama Daiyan Trisha berjudul ‘L.D.R’ (Lockdown Relationship), benar-benar buat ramai tersentuh hati.

View this post on Instagram

Hari ni merupakan hari sendu. Setelah merepek-repek lagu yang aku dah buat, it’s time to get serious (puih) dan kembali ke Naim yang memang Naim. Fun fact, aku baru lepas call nenek aku iaitu Puan Rokiah harini, dan aku menangis beb. Sebab rindu gila dia dekat Gombak sana sorang-sorang. While dekat sini aku tak boleh buat apa-apa. Ada kereta pun tak boleh nak keluar sebab kita kena patut dengan PKP. Sedih sumpah sedih. Lagu ni aku bayangkan what if dunia memang dah pupus dan hanya tinggal kau dengan orang yang kau sayang? Dan kalau korang berdua terpisah semasa kejadian itu. Apa yang korang akan lakukan asalkan korang berdua boleh bersama? Lagu ni aku nak minta korang tag orang yang korang sayang, yang jauh dari korang semua sekarang sebab PKP. Korang sampaikan rindu korang thru lagu ni. Jangan lupa untuk bagitahu diorang yang kau sayang diorang. Bagitahu sekarang. Supaya korang tak menyesal. Yes, thanks to you D, for participating in this project. Walaupun I terlupa hantar instrumental tapi gigih juga layan and sanggup korbankan masa untuk record malam-malam buta and make it happen. Thank you sebab sangat-sangat faham my “it is what it is” punya direction for this direction. You’re simply the best @daiyantrisha x

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Mana tidaknya, Naim menyatakan lagu berkenaan ditujukan kerana ia adalah hari ‘sendu’ buat diri yang merindui neneknya di Gombak. Biarpun mempunyai kenderaan, namun Naim akur dengan arahan PKP untuk terus berada di rumah.

Lagu berkenaan turut membayangkan bagaimana jika dunia ini memang dan pupus dan hanya tinggal orang yang anda sayang. Dan, apa yang anda akan lakukan jika kalian terpisah dan mahu kembali bersama kelak?

Rata-rata yang mendengarkan video lagu baru Naim Daniel ini tersentuh hati dan memuji lagu tersebut.

Lagu LOCKDOWN RELATIONSHIP Naim Daniel Duet Dengan Daiyan Trisha Buat Ramai Sedih
Lagu LOCKDOWN RELATIONSHIP Naim Daniel Duet Dengan Daiyan Trisha Buat Ramai Sedih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

COVID-19: AirAsia Terkesan, Ini Surat Terbuka dari Tan Sri Tony Fernandes

Siapa Teman Lelaki Thai Pilihan Anda? dimsum Bawakan Siri Drama Menarik April Ini