in , ,

Liza Hanim Lancar Single SEJUTA MAAF Karya Terkini Sirkhan & Rinkarnaen

Penyanyi balada dan juga finalis Anugerah Juara Lagu 37, Liza Hanim, kini kembali menggegarkan semula industri muzik tanah air dengan single terbaharu berjudul ‘SEJUTA MAAF’.

Lagu ini menceritakan tentang luahan suara hati seseorang yang ingin memohon berjuta kemaafan namun berhadapan dengan pelbagai halangan sehingga menyebabkan hasratnya terkubur. 

Liza Hanim atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim adalah antara penyanyi terbaik Malaysia yang menguasai industri muzik di era 2000-an, seiring dengan vokalis ternama seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar. 

Liza Hanim Lancar Single SEJUTA MAAF Karya Sirkhan & Rinkarnaen

Ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan beliau setelah sekian lama menyepi. Menurut Liza Hanim, “Saya suka dengan lirik yang dihasilkan oleh Sirkhan kerana lirik ini sangat menyentuh jiwa dan ia menceritakan bagaimana menjaga hubungan supaya kekal dan tidak berhadapan dengan masalah. 

Dalam mana-mana hubungan, kunci utama untuk terus kekal dan mempunyai persefahaman iaitu menjaga komunikasi dengan baik untuk mengelak perselisihan faham. Selain daripada kita perlu buang ego kerana sifat ego adalah punca keretakan hubungan kita sesama manusia terutamanya orang tersayang. 

Saya berharap agar pendengar semua dapat memahami maksud tersirat melalui lagu “SEJUTA MAAF”. Terima kasih saya ucapkan kepada semua terutama peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dari awal menjejaki karier industri seni muzik ini sehingga kini.” 

SEJUTA MAAF hasil garapan dan karya komposer Sirkhan & Rinkarnaen. Menurut Sirkhan, “Lagu Sejuta Maaf mengisahkan tentang kasih dan perjuangan hati orang yang berjauhan dek kerana perselisihan faham yang timbul akibat ego yang tinggi dan pertembungan pendapat yang berbeza. 

Lagu ini boleh dimanifestasi sebagai permohonan maaf secara tidak langsung atau suara hati orang yang ingin menerima maaf tetapi terhalang. Idea ini tercetus dari kisah benar rakan yang terpisah jauh dari keluarganya hampir berbelas tahun kerana fitnah dan ego yang telah membataskan. 

Liza Hanim merupakan penyanyi kegemaran kerana kekuatan dan kemerduan tona suara dan vocal styling, sesuai dengan lagu-lagu balada Melayu ciptaan saya sebelum ini. Lagu SEJUTA MAAF juga telah menjadi runut bunyi untuk drama bersiri TV3, Hati Tanpa Rasa yang dilakonkan oleh Redza Rosli dan Scha Elinnea.”

Muzik Video SEJUTA MAAF hasil ciptaan Sirkhan & Rinkarnaen dan lirik Sirkhan boleh didapati di saluran rasmi YouTube Alternate Records & Talents sejak 14 Disember 2022 yang lalu. Lagu ini adalah edaran bersama Alternate Records Sdn Bhd dan Aci Aci Buka Pintu. 

Artis           : LIZA HANIM

Tajuk          : SEJUTA MAAF 

Komposer  : SIRKHAN & RINKARNAEN 

Penulis lirik: SIRKHAN

Lirik

Masih Jelas Terasa Kehadiran Mu Itu Yang Ku Ragukan

Selama Ini

Tidak Pernah Mencuba Untuk Mula Bertanya Siapa Dan

Apa Puncanya

Pre Chorus

Aku Ini Hanya Mahukan

Secebis Jawapan Untuk Ku Bernafas Lagi

Chorus 1

Derita Yang Merasuk Dan Mengurung Ragaku

Mengasuh Benciku Menurut Matamu Gelora Nan

Membadai Yang Menghanyutkan Rindu Terhakis

Inginku Menyantun Mu

Chorus 2

Derita Yang Merasuk Dan Mengurung Ragaku

Mengasuh Benciku Menurut Matamu Gelora Nan

Membadai Yang Menghanyutkan Rindu Terhakis

Inginku Menyantun Mu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FADLAN HAZIM

Sinopsis Drama Chinta Arjuna Lakonan Fadlan Hazim & Riena Diana

Wow! TV2 Sedia Lapan Program Khas Yang Menarik Tutup Tirai 2022