in

Liyana Farah Dalam Drama Bunga Dari Liverpool dan Menantu Tiga Rasa

DRAMA KEMERDEKAAN DI RTM – BUNGA DARI LIVERPOOL (09 SEPTEMBER 2009) DAN MENANTU TIGA RASA (12 SEPTEMBER 2009), SETIAP SABTU, JAM 9.00 MALAM DI TV1

Meskipun tidak secara langsung memaparkan maksud ’merdeka’ dalam dua drama siarannya, namun kedua-dua telemovie yang bakal menemui penonton setia saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk Bunga Dari Liverpool (09 September 2009) dan Menantu Tiga Rasa (12 September 2009), setiap Sabtu, jam 9.00 malam di TV1 ini sarat dengan definisi kemerdekaan yang dinilai daripada sudut yang berbeza.

Menerusi Bunga Dari Liverpool menampilkan watak Arianna besarkan di luar negara namun memiliki ciri-ciri ketimuran yg tiada pada keluarganya. Arianna berjaya memerdekakan mereka utk kembali ke norma kehidupan yg lebih bererti dan penuh adat ketimuran. Sementara Menantu Tiga Rasa pula memaparkan dilema seorang anak teruna yang terpaksa memilih 3 orang gadis yang menjadi pilihan ibu-ibunya. Dia berdepan dilema untuk memerdekakan dirinya bagi membuat pilihan yang tepat sebagai jodoh.

Bunga Dari Liverpool membawa penonton berkongsi kisah Tuan Bachtiar Ahmad, seorang tokoh korporat ternama di Kuala Lumpur. Syarikatnya, Jude Corporations memang terkenal dalam bidang hartanah. Hubungan Tuan Bachtiar dengan isterinya, Jasmin dan anak-anaknya, Adam dan Suzana sebenarnya agak jauh kerana mereka agak kebaratan dan kurang berpengetahuan dalam ajaran agama.

Mereka sebenarnya tidak sabar-sabar menunggu kematian Tuan Bachtiar supaya mereka akan dapat mewarisi hartanya. Ketika Tuan Bachtiar sedang nazak, dia di datangi oleh seorang gadis, berperawakan seorang wanita Inggeris, Arianna Rose.

Keluarga Tuan Bachtiar heboh seketika dengan kemunculan Arianna. Puan Jasmin percaya yang Arianna mungkin isteri muda Tuan Bachtiar. Tuan Bachtiar telah memberi arahan bahawa Arianna akan tinggal di banglo kediaman mereka. Ketika Arianna di banglo tersebut, keluarga Tuan Bachtiar begitu hairan dengan peribadi Arianna. Dia begitu bersopan santun dan penuh dengan tertib kemelayuan.

Setelah beberapa ketika, Tuan Bachtiar meninggal dunia. Di dalam wasiatnya, Tuan Bachtiar telah menamakan Arianna sebagai pewaris sejumlah harta termasuklah beberapa syarikat milik Tuan Bachtiar. Puan Jasmin yang masih tidak berpuas hati, cuba untuk mencari cara supaya Arianna Rose tidak akan mendapat wasiat Tuan Bachtiar. Dia mengarahkan supaya Adam dan Suzana berbaik-baik dengan Arianna Rose untuk mencari kelemahan Arianna Rose.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya dalam keluarga mereka? Siapakah gerangan Arianna Rose yang sebenarnya? Drama terbitan Bright Network Sdn Bhd ini mempertaruhkan watak-watak dibawakan pelakon Liyana Farah, Dato’ Rahim Razali, Normah Damanhuri, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Datuk Aziz Satar dan Mariani Ismail.

Menyusul minggu seterusnya kisah Menantu Tiga Rasa yang mengetengahkan watak Syafik, pegawai di sebuah syarikat besar. Kehidupan Syafik yang sehari-hari terlalu mementingkan kerjanya sahaja merungsingkan orang tuanya dimana mereka bimbang jika Syafik tidak memikirkan hidupnya untuk berumah tangga. Oleh kerana sikapnya yang lebih mementingkan kerjaya serta trauma akan kisah-kisah rumahtangga dan latarbelakang keluarganya yang rata-rata semuanya wanita membuatkan Syafik berasa gementar apabila bertemu dengan wanita.

Fouziah Gous dan Azhar Sulaiman

Semenjak dari kecil lagi, Syafik mempunyai 3 orang ibu dimana ibu kandungnya sendiri bernama Mak Cah, ibu angkatnya yang dipanggil Mama bernama Tipah dan pengasuhnya yang dipanggil emak bernama Senah. Kehidupan Syafik yang kurang bergaul dengan wanita menjadi salah satu punca kenapa dia bersikap gentar bertemu dengan wanita. Ayah Syafik pula telah lama meninggal dunia dan kepada 3 ibu inilah tempat Syafik bermanja dan mengadu.

Syafik memang manja dengan ketiga-tiga ibunya itu. Dia tidak pernah membezakan mereka bertiga dan kasih sayang tetap di bahagi sama rata. Mak Cah, Senah dan Tipah pula tidak pula berasa cemburu ataupun bermasam muka. Mereka bertiga bersahabat baik seperti bersaudara.

Walaupun begitu, ketiga-tiga ibu Syafik itu mempunyai sifat dan kemahuan yang berbeza. Mak Cah seorang yang berjiwa seni dan suka menyanyi, manakala Tipah pula seorang yang berjiwa remeh dan suka memasak dan akhir sekali Senah yang lebih kepada agama dan mempunyai sebuah kumpulan berzanji.

Kerana bimbang kepada masa depan Syafik yang masih tidak mempunyai teman wanita yang boleh dijadikan isteri. Mak Cah, Senah dan Tipah telah berbincang mengenai masa depan Syafik bersama dengan masing-masing mengetengahkan pendapat dan ciri-ciri gadis yang elok dijadikan isteri Syafik. Oleh kerana itulah, mereka bertiga mula bermasam muka kerana mempertahankan calon pilihan mereka masing-masing.

Menantu Tiga Rasa membariskan pelakon Fouziah Gous, Azhar Sulaiman, Rosnah Mohd Aris, Kamaliah Mat Dom, Ku Frida Ku Shafie, Muhd Shafris, Fika Mokhtar dan Liyana Farah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Permatang Pasir DUN N11

Tayangan Filem Dua Hati 1 Jiwa Dan Pisau Cukur