Budiey nak ucapkan tahniah kepada selebriti ternama Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat Amdan yang telah dilantik oleh DiGi sebagai Friends of DiGi. Lebih kurang duta atau embassador tapi Friends lebih catchy dan lebih intim.
Pengumuman ini dibuat oleh syarikat komunikasi DiGi Telecommunications Sdn Bhd pada jam 11 pagi tadi di TGV Sunway Pyramid. Ianya adalah untuk mengetengahkan produk-produk unik di bawah kempen Internet For All.
Sebagai gimik dan simbolik, kesemua mereka telah menerima telefon bimbit sumbangan DiGi. Best betul kan?
Ini adalah satu kerjasama yang Budiey rasa sangat strategik memandang Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat mempunyai peminat dan juga follower mereka yang sangat ramai di Facebook dan Twitter. Jadi dengan cara ini, sangat senang selebriti berkongsi pengalaman mereka bertemakan DiGi Internet For All menerusi pelbagai saluran komunikasi.
Bintang selebriti ini akan buat penampilan di beberapa program penghargaan pelanggan DiGi sebagai sebahagian daripada ganjaran dari DiGi untuk pelanggan setianya.
Mengapa Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat dipilih sebagai Friends of DiGi? Soalan yang tak perlu dijawab kerana semua sedia maklum selebriti ini memang selalu aktif bertwitter dan berfacebook. Ini secara tak langsung, meningkat lagi penggunaan telefon bimbit untuk mereka guna. Menurut Ketua Bahagian Program dan Penajaan DiGi Pearly Lim, Dengan bantuan Friends of Digi, pihak DiGI akan dapat menunjukkan kepada semua betapa bebas dan mudahnya internet di jalanan. Secara individu, personaliti ini sudah pun membina jaringan peminat yang lebih kukuh di media sosial yang kena dengan profil pelanggan sasaran DiGi. Pihak DiGI berhasrat untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan internet mudah alih untuk berkomunikasi dengan peminat dalam kehidupan mereka seharian.
Pengalaman dan kerjaya mereka sebagai selebriti sudah tentu akan dikongsi kepada peminat secara terus dan mereka akan menjadi pelanggan setia DiGi. Sebagai contoh, pada hari ini di tayangan perdana filem Sekali Lagi, pihak DiGi ada 70 orang pelanggan setia yang telah memenangi peluang untuk beramah mesra dengan para pelakon Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara & Aizat Amdan secara bersemuka.
Peminat Aizat pula akan berpeluang memenangi backstage pass di konsertnya di Kuching pada 16 Julai dan di Kota Kinabalu pada 22 Julai. Banyak lagi program seperti ini akan diumumkan kelak, jadi korang nantikan ya.
Bagi Lisa Surihani dan Shaheizy Sam, internet mudah alih sangat penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan tokoh-tokoh penting industri hiburan tempatan dan juga insan tersayang. Samada melalui telefon bimbit atau komputer riba, sambungan internet yang berterusan adalah penting supaya para peminat boleh dimaklumkan mengenai projek-projek terbaru mereka.
Bagi pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha, perkhidmatan mudah alih DiGi menyediakan saluran baginya untuk berkongsi pandangan dan mengumumkan aktiviti melalui twitter. Sebagai pengguna Twitter yang aktif, Mia gemar mengutarakan pandangannya menggunakan platform tersebut dan menerima komen-komen daripada beribu-ribu peminat yang mengikutnya.
Aizat Amdan yang sudah memenangi beberapa anugerah muzik pula mengatakan hubungan famili adalah sangat penting. Ahli famili Aizat menguruskan karier hiburannya dan jadi di situ mereka perlu sentiasa berkomunikasi untuk bertanya khabar. Bagi Aizat, mengekalkan hubungan kekeluargaan yang erat menjadi lebih murah dengan pakej keluarga yang ditawarkan oleh DiGI.
Kerjasama dengan Friends of DiGi ini akan berlangsung untuk jangka masa 12 bulan.
Budiey juga ada mendengar ura-ura yang DiGi juga akan melantik beberapa orang blogger untuk menjadi Friends of DiGi.