in

Lisa Surihani Prihatin Dengan Tragedi Pesawat MH370

Antara Twitter yang menjadi tumpuan di media sosial sekarang ini, pastinya akaun Twitter berita utama dan juga pemimpin. Semalam, Budiey tertarik untuk mengetengahkan beberapa status Twitter Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein, Pemangku Menteri Pengangkutan yang setiap hari tampil di kaca TV ketika sidang media MH370 bersiaran.

Segala kerisauan dan kebimbangan rakyat Malaysia ke atas kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 telah pun berjawab dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Tiada penumpang terselamat. 🙁

Di Twitter, perkataan yang trending antaranya RIPMH370, AL-Fatihah, Lautan Hindi, MH370, PrayForMH370 dan  Tragedi MH370. Namun, ada juga sesetengah individu yang seperti mahu menarik perhatian dengan menyiarkan status yang memperbodohkan diri sendiri seperti yang dibuat oleh Zharif Hakim.

[pullquote]Budiey pasti, pengumuman ini amat sukar untuk diterima oleh semua rakyat Malaysia. Ramai yang berharap, pesawat ini masih lagi selamat. Namun, takdir dan ketentuan Allah mengatasi segalanya. Dalam hayat Budiey, tidak pernah merasai kesedihan seperti yang dirasai sekarang ini.[/pullquote]

Kepada yang prihatin dengan masalah yang dihadapi, pastinya berita ini telah meruntun jiwa kita semua yang sama-sama menunggu berita baik dari tragedi pesawat MH370. Budiey juga tak dapat gambarkan bagaimana keadaan keluarga yang terlibat.

Masyaallah, Budiey tak dapat gambarkan bagaimana situasi berlakunya kemalangan tersebut. Apa yang menjadi persoalan sekarang ini, kenapa kejadian ini berlaku, siapa yang melakukannya dan bagaimana ia boleh berlaku? Segala persoalan ini pastinya terus menjadi misteri selagi mana kotak hitam pesawat ini tidak dijumpai.

Jika kita lihat di dunia media sosial pula, semua orang menyuarakan kesedihan mereka termasuklah ahli politik, selebriti yang turut berkongsi rasa dukacita dengan berita yang menggemparkan ini.

Selebriti terkenal, Lisa Surihani juga turut memetik status Datuk Seri Panglima Hishammuddin bin Tun Hussein untuk dikongsikan bersama pengikutnya di Instagram.

Budiey ada mendapat khabar, beberapa stesen radio telah pun menukarkan senarai lagu-lagu untuk diputarkan. Budiey ada dengar radio Hot FM yang kini memutarkan lagu-lagu yang meruntun hati.

Budiey juga berharap agar event hiburan juga dibatalkan pada hari ini untuk menghormati pesawat yang hilang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita MH370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia

Chef Wan Minta Maaf Secara Terbuka di Instagram