in

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Pada jam 11 pagi, hari Sabtu yang indah, Budiey telah menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Kempen My Family’s Health, My Happiness yang dilancarkan oleh Lisa Surihani selaku duta produk Marigold Peel Fresh. Pelancaran jelajah yang diadakan di Highstreet, One Utama, Bandar Utama ini turut disaksikan oleh para media dan juga peminat Lisa Surihani yang terpilih. Turut diperkenalkan packaging terbaru edisi terhad Marigold Peel Fresh.

Budiey sangat teruja juga kerana dapat melihat sendiri selebriti popular ini melayan peminat dan kami media juga diberi buah tangan beberapa botol jus MariGold Peel Fresh pelbagai perisa untuk dicuba dan Budiey sempat minum beberapa botol di rumah. Memang sedap rasa air jus buah asli dari MariGold Peel Fresh ni.

Kalau tanya Budiey, Budiey lebih suka perisa buah green guava dan Apple Aloe Vera. Tak lupa juga produk minuman ini telah mengeluarkan produk tanpa gula berperisa Powerberries. Wow memang sedap habislah. Lepas minum dan habis empat botol, Budiey beli lagi kat kedai tambah stok dalam peti ais. Memang lazat diminum selepas makan tengahari dan makan malam.

Kempen My Family’s Health, My Happiness

[dropcap]B[/dropcap]ercakap pasal kempen ini, ianya adalah satu kempen yang dapat mendidik masyarakat kita agar menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan sebaik mungkin. Dari segi minuman dan pemakanan yang sihat, kita dapat mengekalkan kesihatan badan, betul tak? Ini dapat menghasilkan satu kehidupan yang berkualiti dan kita bekerja pun dalam keadaan yang senang dan ceria tanpa gangguan kesihatan.

Kempen ini dapat memupuk kesedaran kita tentang pentingnya minum air jus buah-buahan yang kaya dengan pelbagai zat dan vitamin. Oh ya, sepanjang berada di kempen ini, barulah Budiey tahu bahawa Fruit Drinks dan Fruit Juice Drinks adalah dua nama yang berbeza. Jus minuman buah seperti produk keluaran MariGold Peel Fresh mengandungi lebih kurang 35% atau lebih jus buah berbanding dengan minuman buah yang mana ia hanya mempunyai 5% sahaja jus buah. Kempen jelajah ini juga memupuk minat orang ramai melalui pelbagai aktiviti yang dirancang dan diadakan sekitar pusat membeli belah dan dari situ kita dapat tahu tentang informasi berguna perihal menjaga kesihatan dan jus minuman buah.

Sebagai duta produk Marigold Peel Fresh, Lisa Surihani juga turut mengakui kempen ini sangat baik untuk semua orang untuk memupuk kesedaran tentang menjaga kesihatan badan. Lisa turut berkongsi minat dan semangat untuk memberikan yang terbaik kepada keluarganya. Begitu juga dengan adanya kempen ini, Lisa sendiri boleh berjumpa dengan peminatnya untuk berkongsi info dan maklumat tentang amalan pemakanan dan minuman yang sihat.

Bermula dengan mengeluarkan hanya empat perasa buah, kini produk Marigold Peel Fresh telah mengeluarkan sebanyak 15 perasa yang sangat lazat. Budiey rasa nak mencuba kesemua perasa ini dan perasa yang paling best ialah Superfruits yang mengandungi anti oksida seperti perasa tanpa gula Mangosteen, dan macam-macam lagi.

Kempen My Family’s Health, My Happiness ini diadalah di Lembah Klang dari 25 hingga 29 September 2013. Untuk info lanjut anda semua boleh layari: www.facebook.com/ilovepeelfresh.my atau laman sesawang www.marigold.com.my

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Lisa Surihani Lancar Kempen Marigold Peel Fresh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Digoda Lelaki Berstatus VIP?

Akhirnya Zain Saidin Merisik Rozita Che Wan