in ,

Lirik Puisi Hamba – Ella

Lirik Puisi Hamba – Ella

Esok hari…tiada lagi…
suram nya hati utk ku pergi…
meninggalkan bulan dan suria…
itu umpama kamu semua…
diri ini diterpa hiba…
tika fajar berubah senja…Ooo…

c/o
Terima lah puisi hamba…
pengganti ku bila tiada…
sukar untuk ku berkata…
selamat tinggal semua…

Aku ini sering berdoa kepada yang Maha kuasa
agar kita satu semula…
sayang ini bukan masanya…

Sejauh mana aku kembara….
memori ku digalas bersama…
esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi
terima lah…terima lah.. terima lah…

Lagu Puisi Hamba terkandung dalam album kompilasi Ella yang terbaru. Dapatkan yang original.

Bagi peminat-peminat setia otai rock wanita ini, pastinya kemunculan album kompilasi Ella-The Greatest Hits yang menggabungkan lagu-lagu terbaiknya selama lebih dua dekad ini amat dinanti-nantikan.

Album yang telah mula berada di pasaran sejak 14 Mei lalu menampilkan 32 buah lagu-lagu hebat Ella ketika bersama Warner Music dan EMI termasuklah tiga buah lagu baru yang juga mendapat sentuhan komposer baru, Amir, iaitu Puisi Hamba, Jiwa Setia dan Mencari.

Antara lagu-lagu hits Ella yang dimuatkan dalam album kompilasi ini ialah Layar Impian, Permata Biru, Sembilu, Sepi Sekuntum Mawar merah, Gemilang, Kesal dan Dua Insan Bercinta.

Menurut Ella, album kompilasi ini dihasilkan sebagai ‘pemanas’ sementara menantikan album penuh terbarunya siap dalam tahun ini juga.

Ella | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media Pertandingan Akhir Juara Asyik 2009

Quotes of The Day: “Cukuplah Menghukum Waheeda” – Akhil Hayy