Lirik Lagu Single Terbaru Kau Pergi – NB

Pertengahan tahun 2008, Afiez, Ristoe, Tomok dan Zack telah merancang untuk melancarkan ‘single’ terbaru mereka dengan hasil usaha mereka sendiri melalui perancangan yang teliti.

Setelah mencipta beberapa buah lagu, dua buah lagu telah dipilih dan digubah semula sejajar dengan peredaran muzik pada masa kini.

Pada masa yang sama, NewBoyz telah menamatkan kontrak rakaman mereka bersama SRC dan telah sebulat suara dengan nama kumpulan mereka kepada ‘NB’ setelah 10 tahun dikenali dengan nama NewBoyz.

NB telah menubuhkan studio rakaman mereka sendiri dan mula merakamkan 2 buah lagu hasil ciptaan mereka sendiri. Proses adunan muzik untuk kedua-dua lagu tersebut telah pun berjaya dihasilkan dalam beberapa bulan.

Segala informasi penting mengenai pembikinan ‘single’ ini turut dimuatkan di bahagian kulit album ep ini.

Peminat juga boleh membuat permintaan lagu single ini melalui stesen-stesen radio.

Lirik Lagu Kau Pergi

Lagu & Lirik : Shah Indrawan bin Ismail (Tomok)
 
Kau pergi..
Tinggal ku sendiri..
Tanpa dirimu..hilanglah semangat jiwaku…
 
Kau pergi..
Tinggal ku sendiri…
Bagaimana harusku..teruskan jalan..ini..
 
Dulu kita bagaikan malam yang penuh bintang..
Cantik di pandang..indah walaupun hujan datang..
 
Tapi semuaanya hilang begitu saja..
Kau pun berubah hati
Mendustai cinta yang suci ini..
 
Kau pergi..
Tinggal ku sendiri..
Tanpa dirimu..hilanglah semangat jiwaku..
 
Kau pergi..
Tinggal ku sendiri..
Bagaimana harusku teruskan jalan ini..
 
Berat rasanya hidup…
Tanpa mu  di sisi..
Tanpa menemani…
Malam ku yang sepi….
 
Kau pergi..
Tinggal ku sendiri..
Tanpa dirimu…hilanglah semangat jiwaku…
Kau pergi..tinggal ku sendiri..
Bagaimana harusku..teruskan jalan…ini…

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Photo of the Day: The Beatles at Mint Museum of Toys

Concert Roberta Flack in Malaysia