in ,

Temubual Eksklusif Tentang Lirik Lagu PAKU Ara Johari

Ara Johari mengakui sudah lama beliau mahu sebuah lagu yang rancak. Sekarang, impian Ara menjadi realiti kerana sebuah lagu ciptaan Tukang Muzik dan Kadok telah pun siap dan berjaya menembusi corong speaker. Sebuah lagu yang sangat cathcy dan ada mesej tersendiri.

Hari ini, Budiey ada perasan ada lagu terbaharu daripada penyanyi remaja, Ara Johari berjudul PAKU telah pun disiarkan di Spotify dan di semua cawangan platform muzik streaming. Lagu ini ditulis sendiri oleh Ara Johari. Syabas Ara!

Lagu PAKU Ara Johari

Teringat pulak Budiey pernah bertemu dengan Ara dan beliau ada cakap pasal lagu rancak ini. Pertama kali Budiey dengar lagu PAKU ni, teringat pula dengan Ratu Rock Ella. Lagu ni sangat sesuai dengan warna suara Ara yang sangat nyaring dan boleh pergi tinggi. Pergh! Mantap.

Di Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian baru-baru ini, Budiey sempat menemubual Ara Johari perihal lagu terbaru ciptaan Tukang Musik & Kadok ini. Ikuti saja temubual ini:

Lirik Lagu Ara Johari – Paku

Judul Lagu : Paku
Artis / Penyanyi : Ara Johari
Komposer : Tukang Musik & Kadok
Album : Paku – Single
Genre : Pop, Rock
Tahun : 2018
Label : Rocketfuel Network

Sudah lama ku disini menantimu
Namun engkau tidak pernah memandangku
Hati ini tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatku terjatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, ooh

*music…

Hati ini tak mungkin akan menyerah
Tuk dapatkan tuk hanya memilikimu

Pandangan matamu
Membuatku terjatuh
Tersungkur didalam hatimu

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
Sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, ooh

Ku terpaku terkaku didepanmu
Degup kencang pikiran melayang
sudah terkena panahan rasa cinta

Tapi tidak lupa pada Yang Satu
Bersujud meminta kepada-Mu
Bina mahligai di dunia di surga, woooohh

Sudah terkena cinta…
Sudah terkena cinta…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang FREEDOM FESTIVAL

Coca-Cola telah melancarkan Nutri Boost™