in ,

Lirik Lagu MENANTI PASTI – Sebuah Lagu Runut Filem Kayangan

Lagu Menanti Pasti nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dijangka akan melariskan penjualan album OST KAYANGAN. Apa tidaknya, sekali saya dengar rentak Waltz lagu ini, buat saya jatuh cinta dengan bait lirik dan irama lagu tersebut.

Begitu gemersik dan lunak merdu suara Siti menyerikan bait irama lagu ciptaan Ajai ini. Sebuah lagu soul berhantu yang akan menghantui carta top radio nanti. Betul kata orang, berikan apa sahaja lagu untuk Siti Nurhaliza, pasti akan meletop punya. Itulah fleksibiliti vokal emas milik Siti Nurhaliza sehingga berjaya mengolah dari nada rendah ke nada tinggi. Lagu tersebut dicipta oleh Ajai ini sepatutnya dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza secara duet bersama seorang penyanyi wanita popular.

Namun, terpaksa ditolak. Khabar angin mengatakan penyanyi tersebut adalah Misha Omar. Soalnya mengapa Misha menolak pelawaan Ajai? Mengikut sumber Misha menolak kerana lagu tersebut tidak sesuai dengan suara Misha. Lagi pun saya ada dengar Misha Omar ada mendakwa dia tak mahu dicop sebagai penyanyi lagu runut untuk filem.

Aiyo, macam tu sekali ke? Atau Siti sendiri yang tidak mahu berduet dengan Siti sebab takut Misha overshadow aura Siti? Pandai je buat speku ni. Selain lagu Menanti Pasti dari diva nombor satu Malaysia, peminat akan mendengar suara Ning Baizura, Syed Azmir, Shazzy, Sarah, Zahid dan Farah.

BlogFilem Kayangan yang akan ditayangkan tidak lama lagi dilakonkan oleh bintang dramatis Samarinda Kasih Suci, Fazura dan Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja. Eja akan membawakan watak Suraya, seorang yang tidak disukai ramai kerana sikapnya yang suka mementingkan diri sendiri. Di bawah arahan Raja Ahmad Alaudin pastinya akan memberi satu impak yang hebat kerana heronya adalah dari pelakon Indonesia iaitu Teuku Zacky. Kini, Siti Nurhaliza dalam perancangan untuk ke Bali bagi mengikuti pengambaran video klik lagi Menanti Pasti.

Album CD ini telah berada di pasaran berharga RM25.90 dan kaset RM17.50. Antara lagu yang termuat dalam album OST KAYANGAN ialah:

  1. Kayangan (Rock Version) Ajai & Tunku Mimi Wahida   
  2. Cara Yang Berbeza- Siti Sarah   
  3. Gembira Hidup Ini- Farah   
  4. Menanti Pasti- Siti Nurhaliza   
  5. Perlukah- Zahid & Shazzy   
  6. Redupan Kayangan- Ajai   
  7. Sabarlah- Sad Angry Babies (S.A.B)   
  8. Ungkapan Terindah- Ning Baizura   
  9. Kuasa Cintamu- Syed Azmir   
  10. Terakhir- Sad Angry Babies (S.A.B)   
  11. Kayangan(Strings Version)-Ajai & Tunku Mimi Wahida

LIRIK MENANTI PASTI ( CT NURHALIZA)

Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar

kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki

Korus:

Cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati

Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti

andai ada di hatimu….
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku

menanti pasti….

721284061 Ec1E08F521 | 4

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Diva, Jakarta Post dan Transformers

Erra Fazira Cinta Engku Imran Bukan Hans Isaac?