in , ,

Lirik Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU – Dato’ Sri Siti Nurhaliza (OST 7 Hari Mencintaiku 2)

Mesej yang disampaikan menerusi lagu ciptaan Ippo Hafiz ini begitu menyentuh hati ramai. Ia menyampaikan cerita tentang kasih sayang seorang anak perempuan terhadap bapanya hingga ke hujung nyawa.

Lagu Aku Bidadari Syurgamu ini merupakan salah satu lagu yang terkandung dalam album ManifestaSITI2020. Selain itu, lagu ini juga merupakan lagu OST bagi drama 7 Hari Mencintaiku 2.

Siti lari daripada landskap cinta klise dan kebanyakan karya yang dihasilkan bersifat kemasyarakatan, nasihat dan kekeluargaan. 

Lagu Aku Bidadari Syurgamu meledak seiring dengan drama rantaian terbaharu 7 Hari Mencintaiku 2 yang sedang ditayangkan.

Aku Bidadari Syurgamu menjadi runut bunyi drama yang dilakonkan oleh Shukri Yahaya dan Siti Saleha itu.

Patutlah Gaun Kuning Siti Nurhaliza Hilang, Ini Rupanya Terjadi

Lirik Lagu AKU BIDADARI SYURGAMU – Dato’ Sri Siti Nurhaliza (OST 7 Hari Mencintaiku 2)

Tajuk Lagu : Aku Bidadari Syurgamu
Penyanyi : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Ippo Hafiz
Penulis Lirik : Siti Rosmizah

Verse

Takdir kita telah bersatu
Kerna keangkuhan kupinggir kasihmu
Kini baruku sedari
Abadinya cinta
Hingga akhir nafasku

Pre Chorus

Walau kau kusayangi
Ku turut kata kau yang terluka
Maafku tak sempurna
Kiranya dikau tak bahagia

Chorus

Tuhan jiwa aku merawan
Perasaan saatku kehilangan
Oh! Biarlah aku
Pendam tangis di hati

Seandainya aku yang pergi dulu
Sampai mati kukan mencintai kamu
Kerna akulah bidadari syurgamu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Sarah Bakal Berkolaborasi dengan Naim Daniel

“Saya Tidak Kalah Kes Fitnah Ini,” – Zarina Anjoulie Nekad Bersihkan Nama