in ,

LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51

LINTAS LANGSUNG PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE-51 PADA 31 OGOS 2008 DI RTM1

Saban tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah menghampakan seluruh masyarakat Malaysia dengan menyiarkan secara langsung Perbarisan Hari Kebangsaan sempena kemerdekaan yang kini masuk kali ke-51 tahun sambutannya.

Bertujuan memberikan kepuasan kepada khalayak penontonya yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan menarik sempena Merdeka, kali ini Perbarisan Hari Kebangsaan ke 51 diadakan bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan sekali lagi turut dipancarkan secara langsung pada 31 Ogos 2008 (Ahad) bermula seawal jam 7.30 pagi menerusi RTM1.

Perbarisan Hari Kebangsaan ke 51 yang memilih Dataran Merdeka sekali lagi menjadi lokasi sambutan ini mengetengahkan tema Perpaduan Teras Kejayaan yang menyumbang maksud mendalam terhadap kesatuan hati pelbagai kaum di negara Malaysia tercinta yang sekaligus menyumbang kepada titik tolak kejayaan terhadap negara.

Pastinya seluruh rakyat Malaysia dan juga penonton setia RTM teruja kerana berpeluang menyaksikan persembahan dan aktiviti menarik daripada Kontinjen perbarisan, perarakan kereta berhias, persembahan Kumpulan Rakyat Bersepadu, persembahan udara dan banyak lagi yang diukur mampu memberikan kepuasan kepada penonton.
 
Lintas Langsung Perbarisan Hari Kebangsaan ke 51 ini kendalikan oleh dua orang pengacara Suriani Abdul Rahman dan Shuhaimi Mohamed yang juga pembaca berita TV RTM dan pasangannya yang juga perantara program Selamat Pagi Malaysia.

Apatahlagi siaran langsung ini akan dipenuhi pengisian menyeluruh yang menyentuh tema sambutan dan warna-warni sambutan perbarisan tersebut.

Kepada anda seluruh rakyat Malaysia, usah lupa temu janji anda menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan ke 51 diadakan bertempat di Dataran Merdeka dan sekali lagi turut dipancarkan secara langsung pada 31 Ogos 2008 (Ahad) bermula seawal jam 7.30 pagi menerusi RTM1.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. ada x rakaman video hari kemerdekaan ke-51 tahun 2008 peringkat kebangsaan versi RTM 1?

    masuk merdeka tahun 2008 nk sgt tengok mcm mana hasilnya kat tv.
    kalau sesiapa ada record siaran langsung tuh, boleh x kasi?

    kalau nk bayaran, saya boleh bayar <RM 200. Teringin sesangat2.
    dah tanya orang tv, semua ckp hak kerajaan la, sulit la, bla bla.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

SIARAN LANGSUNG BAJET 2009 DI RTM1

Rakaman Rumah Terbuka Wanita Hari Ini & Nona