in

Lindungi Otak Daripada Penuaan Dengan BRAND’S

Lindungi Otak Daripada Penuaan Dengan BRAND’S®

Kajian saintifik telah membuktikan bahawa fungsi sel-sel otak mula merosot seawal usia 20-an, dan salah satu dari puncanya adalah disebabkan degenerasi sel-sel otak di peringkat umur tersebut.

Kajian juga membuktikan bahawa kemerosotan sel-sel otak untuk jangka masa yang lama akan mengakibatkan penurunan prestasi kognitif yang boleh menjejaskan kecerdasan mental dan daya ingatan, terutamanya ketika dalam keadaan tertekan. Namun begitu, kini terdapat cara yang berkesan untuk melindungi otak anda dari ancaman tersebut.

Brands

Pengambilan BRAND’S® setiap hari terbukti boleh meningkatkan prestasi kognitif, terutama apabila berada di dalam situasi yang tertekan. Bahan aktif ProBeptigen™ dan Carnosine dalam BRAND’S® bertindak sebagai pelindung neuron dalam sistem saraf kita. Sebagai suplemen makanan, BRAND’S® mampu meningkatkan tumpuan minda sewaktu menghadapi tekanan seperti tekanan ketika bekerja atau semasa menduduki peperiksaan.

ProBeptigen™ dan Carnosine adalah bahan peptida bioaktif yang mampu menguatkan daya tahan terhadap tekanan serta melindungi neuron dan meningkatkan daya kognitif. Bahan aktif tersebut wujud secara semula jadi dalam BRAND’S®.

Saintis kanan dari BRAND’S® Brain Research Centre, Dr. Philip Tsang, menjelaskan bagaimana ProBeptigen™ dan Carnosine dalam BRAND’S® dapat menjaga kesihatan dan kecerdasan otak untuk meningkatkan prestasi mental. Pusat penyelidikan tersebut yang juga merupakan bahagian penyelidikan R&D di Cerebos Pacific Limited, bertanggungjawab menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam bagi memahami fisiologi otak sebagai penggerak daya kognitif dan pengawal kesihatan keseluruhan tubuh badan.

Mengikut Dr. Tsang, Carnosine ialah bahan antioksidan yang wujud dalam otak dan otot manusia. Ia melindungi neuron dalam otak dengan membasmi pengumpulan protin yang telah rosak di dalam neuron dan melindungi otak daripada ancaman toksin.

ProBeptigen™ pula meningkatkan daya ingatan dan motivasi untuk belajar dalam keadaan tertekan kerana bahan ini mengawal penghasilan serotonin, sejenis neurotransmiter dalam otak yang melancarkan fungsi otak yang pelbagai.

Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang berkata, “Hasil kajian terkini membuktikan bahawa pengambilan BRAND’S® secara kerap dapat mengekalkan kesihatan dan kecerdasan otak bagi meningkatkan prestasi mental kerana ia diproses dengan cara teknologi terpaten.”

“Kami sentiasa komited untuk menawarkan produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dan ingin saya tekankan di sini bahawa BRAND’S® adalah satu-satunya pati ayam yang terbukti berkesan berdasarkan kajian saintifik dan klinikal selama 20 tahun di seluruh dunia,” tambah beliau.

Dalam usahanya yang berterusan untuk menjamin pengeluaran produk berkualiti dan berkesan, ibu pejabat BRAND’S®, Cerebos Pacific Limited telah melaburkan lebih RM17 juta untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan makmal kajian seluas 23,350 kaki persegi ini di Singapura. Tapak kemudahannya merangkumi BRAND’S® Brain Research Centre yang dikendalikan oleh 40 orang saintis dan juruteknik.

BRAND’S® SariPati Ayam dijual pada harga RM25.90 (pek 42g x 6 botol), RM39.90 (pek 70g x 6 botol) dan untuk pek nilai hebat, ia dijual pada harga RM73.90 untuk edisi istimewa pek 70g x 14 botol.

Brands

Brands

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Hoore Hoore

Projek Pop Theme Song