in , , ,

Linda Onn, Adibah Nor dan Ezlynn di Pelangi Kasih Sempena Aidilfitri

PROGRAM MAJALAH KHAS AIDILFITRI DI RTM : PELANGI KASIH DAN SETULUS CAHAYA

Istimewa meraikan Aidilfitri ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjanjikan himpunan program-program menarik turut menyiarkan dua program majalah istimewa untuk dikongsi sama penonton setia salurannya menerusi program Pelangi Kasih pada 21 September 2009 (Isnin), jam 12.31 tengah hari dan Setulus Cahaya pada 22 September 2009 (Selasa), jam 12.31 tengah hari yang kedua-duanya disiarkan di TV1.

Linda Onn

Ezlynn

Dikendalikan oleh artis sensasi Linda Onn, Pelangi Kasih rancangan berbentuk majalah hiburan yang menjalani lokasi rakamannnya di Rumah Amal Baitul Kasih, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh Selangor ini pastinya mampu menimbulkan kesedaran di hati masyarakat bahawa golongan artis juga tidak ketinggalan sama melakukan amal kebajikan dan tidak mengetepikan golongan yang berhak.

Malah menariknya menerusi program setengah jam ini, dua orang selebriti ternama, Adibah Nor dan Ezlynn dipilih meluangkan masa untuk menjalankan kerja amal di rumah itu yang pastinya pada masa sama berkongsi kemeriahan sambutan Aidilfitri dengan anak-anak yatim itu. Antara kerja amal yang dijalankan bersama dengan anak yatim ini adalah bermesra dengan mereka, mengadakan sukaneka, mengecat dan membersihkan rumah dan membaca buku cerita.

Adibah Nor

Justeru secara tidak langsung kehadiran kedua-dua artis ini berkunjung dan meluangkan masa dengan mereka mampu mengubat kerinduan terhadap insan-insan tersayang. Selain cuba untuk menyelami perasaan anak-anak yatim ini dan cuba menggembirakan mereka di hari raya ini.

Ingin mendekati tiga orang selebriti Nazrey Johani, Louisa Alissa Chong Abdullah dan Damian Mikhail Seet (VE), usah ketinggalan menyaksikan program Setulus Cahaya yang memaparkan kisah kehidupan 3 orang selebriti ini setelah mereka memilih agama Islam sebagai pegangan hidup mereka.

Pastinya bagi penonton yang hanya mengenali mereka sebagai artis berpeluang berkongsi sama perasaan mereka setelah menjadi seorang muslim yang menjalani ibadah berpuasa, solat tarawih dan semua kewajipan seorang insan bergelar muslim. Apakah cabaran dan kemanisan pengalaman yang diperolehi mereka dalam menjalani ibadah ini?
 
Begitu pun Setulus Cahaya yang dihoskan oleh penyanyi Nurul Abdul Wahab ini tidak sekadar padat pengisiannya dengan temubual sebaliknya rancangan ini diserikan dengan klip video dan gambar-gambar peribadi yang sebelum ini tidak pernah dipaparkan kepada media. Selain turut berkesempatan mengadakan temubual bersama bersama kenalan yang rapat dengan selebriti diundang.

Berkongsi dua majalah hiburan ini, usah lepaskan peluang menonton program istimewa Pelangi Kasih pada 21 September 2009 (Isnin), jam 12.31 tengah hari dan Setulus Cahaya pada 22 September 2009 (Selasa), jam 12.31 tengah hari di TV1.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hamper Raya dan Kad Ucapan Aidilfitri dari Suria FM

Dokumentari Terbaik Sempena Aidilfitri 1430H di TV3